Qarin - Kembar Setiap Manusia Sehingga Mati
Ada pula mengatakan bahawa Qarin ini ialah jin yang mendamping manusia sejak ia lahir - dengan musababnya menjadi akan penyakit sawan tangis. Sawan tangis dikaitkan dengan gangguan dari makhluk halus yang dipercayai berpunca dari Qarin ini.
Kewujudan Qarin di samping manusia ialah untuk membinasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya.
Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
- Rujukan: Utusan Malaysia 31 Mac 2002 - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin
Ada pula artikel dan pendapat mengatakan bahawa Qarin berada di sebelah kiri kita dan di sebelah kanan kita ialah Malaikat. Qarin akan menyuruh kita melakukan kejahatan dan Malaikat akan membisikkan perkara-perkara kebaikan. Ada satu cerita yang juga mengaitkan Qarin:
.
.
.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan peorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis.
Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM.
Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.
Sampai di rumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ, student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi.. Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.
p.s: sesungguhnya makhluk Tuhan itu dijadikan dalam pelbagai bentuk
masa dok hostel sekolah dulu pernah gak alami, jumpa 'kwn' padahal kwn kat tempat lain...
ReplyDeletepatut 'kwn' tu buat tak layan je bila dipanggil
masa tu mayba hang ni rambut panjang kot .. tu tak kenal ...
ReplyDeletecakap pasal rambut panjang..ada member pernah nampak perempuan rambut panjang dok kat katil saya..padahal hostel lelaki..seramm..
ReplyDeleteterima kasih info ni... knowledge bertambah tambah..hehe
ReplyDeleteQarin arwah adik saya beberapa kali balik ke rumah...
ReplyDeleteoo baru taw... mekaseh abg hasrul... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.