Bila ditanya kepada saya, bilakah masa paling sesuai untuk mendapatkan anak .... saya akan berkata ... tiada masa yang sesuai. Malah jika kita asyik menunggu masa yang paling sesuai ... sampai bila-bila pun kita takkan dapat menikmati anugerah Tuhan ini. Dengan merancang yang tak perlu ... pastinya anda akan berasa sulit untuk menimang cahayamata.
Terniat sahaja di hati untuk punyai anak - teruskan saja, tak perlu fikir soal susu, lampin dan sebagainya dulu. Kerana ia akan datang secara automatik bila anak itu lahir ke dunia. Itulah sebabnya ia dinamakan rezeki dari Tuhan, kerana lahirnya dia ... membawa rezeki dalam keluarga. Ia bukan mudah diperolehi ... kerana si ibu terpaksa membawa kandungan 9 bulan 10 hari. Berpantang makan ... mengawal pergerakan... dan sangat penting menjaga kesihatan dan kelakuan.
8 Tips Memenangi Hati Si Anak
Jom Ikuti 8 Tips Memenangi Hati Si Anak
Meh ikuti beberapa tips di bawah ini, untuk memenangi hati si anak ... sebagai salah satu kaedah untuk mendidik mereka menjadi insan kamil, in Sha Allah.- Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.
- Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.
- Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.
- Selidik dahulu perkara sebenar.
- Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.
- Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.
- Jadilah rakan karib kepada anak-anak
- Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan. Jika berjanji, jangan mungkiri.
Anda beruntung mempunyai anak sampai berderetan bila beratur. Tetapi, bukan semua orang mahupun pasangan yang diberikan rezeki ini. Ada yang menunggu sehingga bertahun lamanya untuk mendapatkan zuriat sendiri, namun masih lagi buntu dengan segala usaha. Ada pula ... baru sahaja menamatkan bulan-bulan penuh mesra (honeymoon) ... terus diberi berita gembira - kata orang tua2 .. bunting pelamin.
Dah dapat anak? Jangan persiakan kurniaan Tuhan ini. Didik dengan sebaiknya .. kerana umum tahu ... seorang anak itu lahir ibarat kain putih .. hanya kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan keperibadian anak tersebut. Jika hitam .. hitamlah ia ... jika putih ... maka putihlah dia.
8 tips memenangi hati anak yang saya kongsikan ini hanyalah sebahagian daripada kaedah didikan. Ada banyak lagi perkara yang ibu bapa perlu fahami, tanggani dan hadapi apabila berdepan dengan segala macam karenah anak-anak. Lakukan cara atau tips yang telah saya berikan ini sebagai panduan untuk kita bersama dalam menjadikan anak-anak kita, insan berguna terhadap agama, keluarga, bangsa dan negara.
thanks HH sharing ilmu..")
BalasPadamBetul tu tuan, kalau nak tunggu masa sesuai, rasanya makin lama makin susah.. Elok difikirkan apa kesempatan yang boleh dilakukan dan paling penting setiap MASALAH adalah rintangan, bukan bebanan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.