Orang Utan di Zoo Taiping. Foto: Lensahasrul
Salam semua.
Adehh .. pernah pergi ke Sarkas tak? Hmm seingat saya dalam hidup ni .. saya tak pernah. Kalau pernah pun tengok dalam TV. Uisshh dulu zaman kanak-kanak saya ... ada je pun sarkas kat TV .. kalau musim perayaan je .. mesti ada citer Sarkas. Tapi skang ni dah jarang ... maybe dah tak ada kot Sarkas .. ataupun sebab dah tak sepopular dulu.

Dulu, leh lepak depan TV la jugak tengok Sarkas ni .. tengok harimau lompat2 ... tengok singa buat akrobatik dan macam2 lah ... orang hayun2 tu pun ada ....  dan antara paling best adalah tengok badut cimpanze. Dedulu gak pernah femes kat Malaysia ni pasal Royal London Circus .. lepas tu hilang .. tak tahu pasal apa .. rasanya ada isu yang timbul. Ntahlah .. tak ingat dah.

Ok .. skang saya nak kongsikan satu kisah lawak adegan dalam Sarkas ni. Uhh ... ingat semua benda dalam pertunjukkan Sarkas tu leh percaya ke? Entah-entah dah lama saya kena tipu ....  hahaha .. meh layan citer ni:

Sarkas Orang Utan


Ada satu kumpulan sarkas yang popular dengan binatang kesayangan mereka iaitu orang utan. Disebabkan orang utan itulah sarkas mereka berjaya. Namun, pada suatu hari orang utan tersebut ditimpa penyakit, lalu ia pun mati. Penyelia sarkas amat susah hati dengan keadaan ini. Ini adalah kerana tentu sarkasnya akan kurang pengunjung bila si orang utan ni dah tak ada .. so tak masyukkkk la camtu. So satu hari;

Penyelia: Kita mesti cari pengganti orang utan ni.jangan kasi penonton tahu. 
Pekerja: Macam mana tuan? Susah wo nak cari orang utan sekarang. Kita bukan kat Sarawak ape. 
Penyelia: Saya nak kamu menyamar. Buat macam orang utan betul. Boleh tak?

Kerana tiada pilihan lain yang lebih logistik .. maka pekerja tersebut terpaksa menjadi orang utan samaran. Oleh sebab penonton tidak tahu, sarkas tersebut masih maju. 

Pada suatu hari, pertujukan orang utan diadakan di tepi kandang harimau. Semasa bergayut orang utan (yang menyamar tu) tersalah hayun hingga terjatuh ke dalam kandang harimau. Lalu harimau tersebut menerkamnya.
Orang ramai bersorak kerana menyangka itu adalah satu pertunjukan baru. 

Tiba-tiba, sesuatu berlaku ...

Orang utan (pekerja): Tolong! tolong! tollll gulp... 

Tetiba orang utan yang bersuara tadi ditekup mulutnya oleh tangan sang harimau.

Harimau: wei... ko nak kita kene buang kerja ker? 

Laaaa ... hahahaa.. rupa-rupanya .. harimau tu pun kes menyamar jugak .. aduhaiii .... 


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement