As-Salam.
Masa mula-mula berblog, tak terfikir pun tentang followers ni, malah tak letak pun gadget tu kat dalam blog. Tapi lama-kelamaan HH dapat tahu bahawa pengunjung suka bila kehadiran mereka disedari oleh pemilik blog, lalu HH pun letak. Lagipun, ia adalah baik buat pemilik blog untuk sama-sama melihat siapa mereka yang selama ini setia membaca entri2 yang ada di blognya.
So, macam mana nak dapatkan followers ini? Hmmm actually, setiap follower tu ada keinginan mereka tersendiri bila datang ke blog kita. Ada sesuatu yang mereka suka baca ... bukan semua ..tapi ada yang memikat mereka untuk sesekali hadir menjengukkan diri.
Bila blog anda ada catatan yang menarik dari hari ke hari, maka jumlah followers juga turut akan bertambah. Tapi tak semestinya, jumlah followers yang ramai akan memberikan anda pageviews yang tinggi! Sebabnya .. bukan semua followers anda akan datang jenguk blog anda hari2 .. melainkan blog anda betul2 memberikan sesuatu yang istimewa buat mereka.
Kepada followers yang sangat sukakan entri yang ada dalam sesuatu blog, mereka secara suka rela akan letakkan url blog anda ke dalam senarai bloglist mereka (jika mereka ada blog) atau setidak-tidaknya akan bookmark blog anda sebgai rujukan bila mereka ingin kembali menjenguk.
Malah, bagi sesetengah orang, mereka akan melanggan RSS ataupun entri blog menerusi email. Ia satu aplikasi atau gadget yang cukup mudah tetapi kurang popular ketika ini.
Persoalannya, adakah perlu kita menambah followers secara sistematik? Maksudnya ialah, minta orang atau blogger untuk follow sebab ada entri berkaitan yang minta buat camtu - mcam contest dan giveaway.
Kalau HH, setelah beberapa lama berblogging ni, perkara yang paling penting ialah meletakkan blog anda di blog mereka - itu yang penting, soal mereka follow atau tidak blog anda, itu perkara kedua. Kerana apa? Ia akan menjanjikan UV kepada blog, selain meningkat taraf ranking anda dalam ALEXA. Bila url blog anda ada di bloglist mereka, ia ibarat satu bentuk iklan atau promosi. Promosi penting jika anda ingin blog dikenali dan mendapat pageviews yang tinggi.
Jadi, terpulang kepada anda ... samada memilih untuk dapatkan followers atau dapatkan url blog anda di dalam blog mereka.
Namun, dari pengalaman HH, cara terbaik adalah dapatkan kedua-duanya, mereka sebagai followers dan mereka letakkan blog anda di dalam blog mereka. Caranya? Hmmm ... anda boleh fikirkan sendiri .... tetapi sebagai hint - cuba anda lihat apa yang saya sedang buat dan blogger2 lain sedang buat. Mudah dan simple iaitu hargai mereka seadanya. :)
huhu...yup betol tu..tp follower sy xrmai pon,mst sbb entry xsyok kot..:(...
BalasPadam@diana Ohh itu terpulang. Boleh je..tak menjadi kesalahan pun, cuma ia menjadikannya satu bentuk paksaan. Mungkin ada sesetengah blogger tak berapa berkenan.
BalasPadambro,kalau alief alief lebih suka kalau mereka letakkan URl kita kat blog or bookmark blog kta..baru puas..hhuhu...baru rasa bersemangat nak berblog...huhu
BalasPadambagus saranan dari bro..saya sebagai blogger baru masih mencari ramai kenalan yang berpengalaman macam bro..
BalasPadamhttp://roslanali.blogspot.com
tak syok jugak kalau paksa readers follow blog kita ni...suka hati depa la nak follow ka dak..tu lagi afdhal..hihihihi
BalasPadambtol tuh, hnya keihlasan sbagai KUNCI nya
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.