Melayu atau Jepun? |
As-Salam.
Tadi saya ada ceritakan dan dedahkan bahawa gelaran The Harimau Malaya bukan milik Jeneral Yamashita tetapi seorang pemuda di atas. Tak baca lagi? Boleh klik SINI. Siapakah pemuda segak berbaju melayu dan bersongkok kemas ini?
Dia bukan seorang Melayu!
Dialah yang digelar Harimau Malaya sebenar. Dan merupakan ketua Yakuza Melayu sekitar tahun 1930-1940an. Dia ditakuti oleh ahli perniagaan cina dan juga inggeris. Dari tahun 1933, dia telah melakukan kekacauan ala gengster atau yakuza dengan kebanyakkan ahlinya adalah pemuda melayu.
Gambar keluarga Tani Yutaka bersama Ibu dan Ayah serta adiknya. |
Namanya Tani Yutaka, pemuda Jepun yang dilahirkan di Malaya, dibesarkan di Terengganu. Tiada siapa menyangka pemuda yang sering kelihatan bersongkok dan berbaju melayu ini adalah ketua Yakuza ketika itu. Ini semuanya berlaku kerana satu tragedi yang berlaku kepada adik perempuannya.
Adik Tani, dua dari kanan. |
Adik perempuannya telah dirogol dan dibunuh oleh pemberontakan China akibat pendudukan Jepun ke atas Manchuria. Orang-orang yang berasal dari China yang berada di Terengganu telah merogol adiknya dan membuatkan dia, menyimpan dendam kesumat terhadap orang Cina dan juga inggeris yang tidak melakukan apa-apa terhadap jenayah tersebut.
Rumah keluarganya di Hulu Terengganu, utuh sehinggalah ujung 1940an. |
Tani Yutaka mati akibat malaria di Johor setelah Jepun menduduki Singapura. Ceritanya yang diDVDkan menarik perhatian kerana ia mengisahkan perjuangannya di Tanah Melayu yang menentang British, dan dianggap wira kerana cuba menegakkan keadilan.
Sumber: Forum Ehoza, hasil tgk DVD citer ini.
**p.s: Citer dalam DVD semua orang Jepun tapi pakai pakaian Melayu dan bersongkok ...:)
mmg cool! yakuza di tanah Melayu. igtkan shaheizy sam je jd yakuza. huhu
BalasPadamOh, baru ku tahu..bagusla.mana dapat info ni? suka lak baca.. :)
BalasPadamEntri Terkini: Rancangan Adik-adikku, InsyaAllah boleh..
Tajuk memang menarik minat aku.. tapi info lu bagi membuat hati aku tak puas membaca.. tambah lagi detail cerita ni bro.. blog lu menarik minat aku.. tq
BalasPadamAku Lelaki Perkasa
menarik2, baru tau
BalasPadamSalam .. boleh juga baca di sini:
BalasPadamhttp://takusahrisau.wordpress.com/2011/02/19/yutaka-tani-agen-rahsia-jepun-perang-dunia-kedua/
Ehhss..saya duk trg dah melebey 20 tahun nape xtao ekk?? nampak sangat buta sejarah kan..maluuu
BalasPadamhi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.