As-Salam.
Ada yang berbisik lagi pada saya, bagaimana nak menyampaikan dakwah menerusi blog sedangkan kita bukan ahli atau tiada pengetahuan meluas mengenainya? Hmmm susah juga nak rungkaikan benda ni.

Banyak blog yang muncul sekarang. Ada macam2 genre termasuklah blog yang berunsur dakwah. Blog-blog ustaz dan ustazah pun banyak ... adakah kita hanya perlu berserah tugas itu kepada mereka semata-mata?

Dalam hal menyampaikan ini, semua perkara baik kita patut sampaikan termasuklah halnya dengan perkara-perkara berkaitan dakwah, entri yang menjurus ke arah penyelesaian nilai, hukum dan sebagainya. Persoalannya, adakah kita layak nak menulis entri2 ini?

Boleh. Tapi gunakan cara yang sebaik mungkin agar orang lain atau pembaca tak anggap anda memandai2. Bila buat entri yang berunsur dakwah atau entri keagamaan, adalah lebih senang kita buat entri pendahuluan, bercerita tentang pengalaman sendiri, ataupun pendapat ilmiah tentang satu2 isu berkaitan. Dan seandainya ada hukum terbabit, cuba elakkan seolah anda yang menyatakan ia pendapat anda, sebab hukum itu adalah ketentuan, dan bukan satu pendapat dari seorang marhein yang cetek pengetahuan agama.

Bila dah buat pendahuluan, barulah anda cuba petik sedikit dari blog2 yang diakui kredibiliti akan entri2 berunsur demikian - lebih baik jika diambil dari blog ustaz atau ustazah atau tokoh Islam dan pendakwah berkaliber. Elakkan buat rujukan dari blog biasa, sebabnya nanti entri anda akan ada kesamaran dari segi kesahihan. Biar entri anda dirujuk kepada yang pakar. Itu lebih baik dan lebih selamat.

Entri sebegini adalah agak berat serta memerlukan pembacaan yang jitu dan pemahaman yang mendalam. Apabila membuat entri begini jangan lupa untuk letakkan rujukan anda - samada blog dari orang yang bertauliah, laman web dakwah seperti Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri. Mungkin ada yang ingin mengetahui lebih lanjut, pembacaan singkat di blog tak memungkinkan pemahaman jitu, ia lebih kepada kesimpulan, jadi jangan lupa buat begini.

Ini merupakan petua atau tatacara yang saya fikir sesuai untuk menulis entri2 dakwah Islamiah. Ia perlu dirujuk ke laman web yang credible, atau dicatatkan rujukan atau dinyatakan sumber (yang boleh dipercayai, sumber terus lebih baik). Elakkan dari link ke sumber yang 'sama taraf' dengan kita. :)

*p.s: Fikir entri berat macam soal agama agak sukar untuk ditulis seandainya tiada latar belakang agama yang kukuh.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement