As-Salam.
Ramai blogger yang selalu kuarkan tips mengatakan, JANGAN buat blog berat. Apa yang dimaksudkan dengan blog berat? Bagi yang dah tahu tu ... mereka dah tentu sedia maklum, tetapi ramai juga di kalangan blogger yang tak berapa nak faham apa maksud blog yang berat.
Blog yang berat bukan bererti anda sebagai blogger menyajikan isi kandungan atau entri yang berat dalam blog anda. Ia sebenarnya bermaksud masa loading blog anda untuk dipaparkan sepenuhnya. Sebagai contoh:
Blog Bangku Kosong mengambil masa selama 1.03 saat untuk loading sepenuhnya, dengan saiz page sebesar 129.42 KB. Jadi, jika anda menggunakan internet kelajuan tinggi, ia mungkin loading kurang dari 1 saat untuk buka blog ini, namun seandainya anda menggunakan speed broadband yang tak berapa nak laju, ia mungkin mengambil masa lebih dari satu saat.
Namun, perhatikan average speed yang diberikan ... iaitu kurang dari 0.01 saat, ini bermakna secara puratanya, blog ini dianggap boleh dicapai dengan mudah tanpa perlu menunggu masa lama untuk loading (sebenarnya ia dikira lambat gak ni).
Antara penyebab utama blog lambat atau berat ialah kerana kehadiran scripts yang tak perlu, seperti yang ada dalam widget yang kita letakkan; size gambar yang ada di dalam blog juga ambil masa untuk load, semakin besar saiz gambar yang kita letakkan maka semakin banyak masa diperlukan hanya untuk load gambar tersebut; termasuklah header blog anda.
Widget-widget yang perlu memerlukan tapak ketiga seperti YOUTUBE, FLICKR, MUSIC ONLINE semuanya mengambil masa untuk loading dan akan mempengaruhi masa loading keseluruhan blog anda. Adalah lebih baik anda meletakkan link ke tapak2 ketiga ini dari membuat dia embedded atau 'bertapak' dalam blog anda ... atau entri anda. Jika tak dapat nak elakkan, pilih dengan resolusi rendah dan juga had pixel paling minimum.
Ok, harap ini dapat membantu anda memahami dan mengetahui bagaimana untuk mengelakkan blog anda menjadi berat dan lambat load. Ia penting kerana apabila blog anda lambat loading, ini akan membuatkan pengunjung ke blog anda rasa tension dan akhirnya klik X pada blog anda!
*p.s: Nak uji loading blog anda? KLIK SINI.
kadang2 software yang digunakan juga bergnatung pada kelajuan internet.....dan yang penting jika internet laju..maka cepatlah load...
BalasPadamjom join
Segmen " Ucapan Buat Ibu Tercinta"
@Chegu Zubir Benar.
BalasPadamberat nye......saiz yg bagus kurang dari 100kb kan?
BalasPadamtq hasrul info ni...
BalasPadambile berat sgt, bila nak bukak pun lambat kite jd bosan nak menunggunye...
umi dah check blog umi hanya memerlukan 0.75 sec..terima kasih sebab kongsi info...
BalasPadamterima kasih kongsi info.
BalasPadamAha... menangis ak nak BW kalau blog lamabat dye nyer page load nie...
BalasPadammyetech9[dot]com @ Enchik Nine
Hasrul, umi ada tag hasrul untuk satu GA untuk Hasrul Join..lagi ramai lagi meriah kan?
BalasPadamEntry Tersebut ialah http://umiscupcake.blogspot.com/2011/05/i-light-u.html
salam...
BalasPadamstakat ni dah check, blog saya xberat pun..akses cepat jer...
makin kosong blog eira..byak gadgets terpaksa dibuang apabila ditegur oleh2 otai2 blogger...hehehe...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.