Widget pilihan kali ini ialah mengenai cara untuk paparkan kekuatan blog menggunakan feed count Feedburner. Ini merupakan kesinambungan dari entri ini: Guna Feedburner Untuk RSS Blog

Sekarang agak-agak dah ada pemahaman skit pasal Rich Site Summary (RSS), leh la saya terus kepada menjawab persoalan seorang blogger ini, tentang bagaimana nak buat macam saya buat kat bahagian tepi blog ini, yang ada tulis 2222 readers by feedburner (angka ketika entri ini ditulis) tu.

Apa yang perlu dibuat adalah anda perlulah ada akaun feedburner. Boleh login ke sini: Feedburner. Bagi pengguna akaun Google/Blogspot, ia akan automatik login menggunakan id dan kata laluan yang sama, mungkin lain jika dan hanya jika anda gunakan id selain Google (tak pasti samada boleh lagi atau tidak, dulu boleh guna akaun Yahoo).

Dan anda akan terus ke page seperti ini:


Jika first time guna, tak adalah senarai 'Feed Title' tu ... jadi jika belum ada feed untuk blog anda, masukkan alamat atau url blog anda kat ruangan yang disediakan tu ... 'Burn a feed right instant ....' tu .... nanti skip je yang lain .. dia akan berikan alamat feed anda, anda boleh samada kekalkan apa yang diberi atau ubah ikut citarasa anda sendiri.

Bila dah siap ... anda akan ke page macam ini:

Adalah tab-tab tu, dan sisi dia tu adalah perkhidmatan yang disediakan, leh la try tick satu-persatu apa ke bendanya. Tapi untuk entri ini, saya nak jawab soalan blogger yang bertanyakan pasal Feedcount.

Pergi ke tab Publicize, dan tick pada FeedCount .... dan akan kuar macam ini:


Aha .. nampak tu .. kan dah ada tu, so pilih la kaler apa yang nak, jenis macam mana, semua ada tu .. pastu dah siap, hanya klik Save, dan kat bahagian Copy HTML tu pun akan berubah ikut jenis2 dan pengubahsuaian yang telah anda buat tadi.

Apa lagi, pergilah ke dashboard blog anda, kat bahagian design, masukkan kod yang ada tu dalam HTML atau Script widget yang disediakan. Walla ... siap dah... senang je kan ... uhh uhhh ... 

Nak bagi berada di tepi tu; leh ambik coding ini:
<div style="position: fixed; top: 120px; right: 2px;"> Letak KOD HTML FeedCount tadi </div>

Anda boleh ubah  yang tulisan senget tu, samada nak letak bawah (bottom), dengan kedudukan samada 120px dari atas/bawah dan padding tepi sebanyak 2px seperti contoh di atas.

Ok. Selamat mencuba.
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement