Andai saya ke Kuala Lumpur, saya pasti akan naik dan menggunakan kemudahan pengangkutan awam LRT mahupun Komuter. Dan apabila saya naik, saya takkan terlepas dari mendengar suara lunak menyebut, "Stesen Abdullah Hukum".
Hmmm sapa kenal Abdullah Hukum? Kenapa ada nama beliau dalam peta Kuala Lumpur ini? Hebatkah beliau sampai diberikan nama jalan, nama stesen LRT dengan nama beliau?
Siapa Abdullah Hukum?
Abdullah Hukum atau nama sebenarnya Muhammad Rukun adalah orang yang menyemarakkan kota Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19. Beliau merupakan pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula pada tahun 1850-an. Menukar namanya dari Muhammad Rukun kepada Abdullah Hukum ketika berada di Padang Arafah, Mekah.
Abdullah Hukum |
Berjalan Kaki 3 Hari 3 Malam
Beliau ketika berusia 15 tahun telah berkelana merentasi Selat Melaka dari Indonesia ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.
Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa. Almarhum Sutan Puasa adalah antara individu bertanggungjawab membuka Kuala Lumpur.
Makan Sutan Puasa |
Abdullah Hukum Dan Sutan Puasa
Sutan Puasa pada ketika itu amat disenangi oleh kebanyakkan orang kerana memberikan pekerjaan dengan upah yang agak lumayan. Beliau mempunyai tanah sawah yang luas untuk diusahakan oleh penduduk tempatan ketika itu. Dan Abdullah Hukum juga pernah bekerja dengan Sutan Puasa. Malah membina tali air selama 3 tahun untuk Sutan Puasa di Segambut (Batu Lima, Gombak).
Abdullah Hukum Buka Pudu
Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).
Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.
Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).
Abdullah Hukum Buka Bukit Candi
Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.
Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ iaitu Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsar sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Bangsa kemudian bertukar menjadi Bangsar.
Sumber: Forum Cari
Hehehe~
ReplyDeleteBagus²
Belajar Sejarah di pagi Khamis nih
suka dengar orang tu sebut "next station, abdullah hukum.." teringin jugak nak tahu siapa abdullah hukum tu...thanks for the info! =)
ReplyDeletethanks for the info, pernah terfikir gak sape abdullah hukum setiap kali naik LRT..haha
ReplyDeletebaru tahu..... thanks for good infor
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.