As-Salam.
Gambar mempunyai tarikan tersendiri buat sesebuah blog. Kebanyakkan blog yang popular, yang punyai ramai followers dan mempunyai ranking yang baik adalah blog-blog yang menyertakan gambar dalam entri2nya.

Namun, masalah akan dihadapi buat pengunjung blog jika gambar yang ada itu saiznya terlalu besar. Ini akan mengakibatkan blog lambat load, dan berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan pembaca dari kunjungan tadi.

Jadi, apakah saiz gambar paling sesuai untuk dimasukkan dalam entri blog anda? 



Saiz maksimum yang saya sarankan ialah 500px lebar. Dan seandainya gambar banyak, boleh gunakan saiz 300-350px lebar. Saiz ini boleh diterima dan mestilah dalam format *.jpg yang mampat.

Anda digalakkan resize gambar untuk posting, agar ruang storan untuk gambar dalam blogspot dapat dimanfaatkan sebaiknya. Apabila ruang ini dah sesak dan nak hampir habis, nanti anda terpaksa delete gambar-gambar yang ada atau melakukan hosting di laman web hosting yang lain.

Dalam blogspot, diberikan pembolehubah untuk memaparkan gambar menggunakan efek lightbox, jadi anda boleh ambil manfaat dengan paparan gambar yang bersaiz kecil (walaupun saiz sebenar gambar itu sangat besar semasa anda upload), bagi dimuatkan dalam entri. Namun, cara ini hanyalah untuk memaparkan gambar dalam bentuk thumbnail sebelum boleh dilihat secara lightbox. Saya tidak galakkan anda lakukan cara ini.

Moga panduan ini membantu. Blog anda akan lebih mudah untuk diakses dan tidak jejaskan terlalu teruk masa loading blog anda.

*p.s: Tetapi kalau blog anda merupakan blog fotografi, lebih besar dan lebih jelas adalah yang terbaik, namun, cuba buat dalam bentuk thumbnail bagi memudahkan pengunjung melihat gambar yang mereka suka.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ha
    selalu suke letak gambo gak
    kekadg isau tkot lmbt sgt loadingnye kan
    heeeee

    ReplyDelete
  2. salam

    menarik+ ilmu baru..

    kekadang pkai amik sahaja..

    ReplyDelete
  3. suka letak gambar sebesar saiz post..sebab sayang gambar cantik saiz kecik..tak nampak details dalam gambar..ehehe..

    ReplyDelete
  4. biasanya saya just adjust saiz sbg large.

    bro, mcmana pulak dgn video? mana la tau kalo ada yg masukkan link video youtube dlm entri. apa saiz yg sesuai? bagi tips sikit.

    ReplyDelete
  5. saya selalu upload gambar saiz png? adakah ini antara penyebab saiz quota 1GB boleh di pengaruhi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement