As-Salam.
Apa itu RSS (Really Simple Syndication)? RSS merupakan satu format suapan (feed) yang digunakan oleh laman web, blog mahupun apa jua media kandungan dalam dunia maya sebagai salah satu pemberitahuan kemaskini.

Dalam konteks blog, RSS ini merupakan satu terbitan ringkas yang mengandungi kandungan penuh blog-blog anda dalam satu format yang difahami oleh semua penerima RSS - terutama robot-robot enjin carian, dan robot-robot pengkalan data maklumat serta berita.


Oleh kerana simplenya RSS ini, ia merupakan satu di antara platform yang digemari untuk pembaca membaca entri di blog tanpa perlu melihat kepada widget atau perkara lain. RSS mementingkan isi kandungan blog anda mahupun apa jua berita yang disebarkan melalui RSS ini.

Kebanyakan portal berita, portal ping serta enjin carian menggunakan RSS ini untuk mencari keyword atau kata kunci kandungan utama dalam blog anda. Ia bukan sahaja melihat tajuk malah isi kandungan secara keseluruhan. 

Jadi, pastikan RSS anda - suapan (feed) anda dalam keadaan 'sihat' dan boleh diakses dengan baik. Jika RSS anda tidak sihat, kemungkinan apa yang anda terbitkan dalam blog tidak berada dalam dunia maya seperti sepatutnya.

Dalam blogspot, RSS telah tersedia ada, apa yang perlu anda lakukan ialah ping RSS anda. Selalunya RSS anda akan berada dalam bentuk suapan berikut: 

http://www.hasrulhassan.com/feeds/posts/default?alt=rss (hanya gantikan yang bold dengan blog anda)

Namun, ada juga laman web yang memberikan khidmat penerbitan RSS dalam bentuk yang lebih baik, seperti yang disediakan oleh Feedburner.com salah satu cabang dari Google. Feedburner ada khidmat autoping serta beberapa kemudahan lain yang akan menyenangkan anda dan blog anda.

Apabila dah kenal pasti RSS anda, anda boleh ping atau beritahu dunia maya akan isi kandungan blog anda secara total di ruangan atau laman khidmat ping blog/rss.


Ambil kesempatan untuk ping di laman-laman web kemudahan ping itu, dan hasilnya blog anda akan digelintar dengan lebih kerap oleh enjin carian, insyaAllah.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement