As-Salam.
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik dari Chinese Academy of Sciences mengemukakan satu fakta yang mengejutkan tentang impak internet pada otak manusia.

Dari penelitian yang telah dilakukan, didapati bahawa seandainya seseorang mengakses internet secara berlebihan, ini akan menyebabkan kerosakan pada otak, di mana biasanya kondisi tersebut ditemukan pada pengguna alkohol, kokain dan yang seumpamanya. Ini menempatkan mereka yang sering akses internet sebagai sama dengan mereka yang menggunakan dadah dan alkohol.

Penyakit atau keadaan ini dinamakan sebagai Internet Addiction Disorder (IAD).

Dalam kajian tersebut, para penyelidik telah menggunakan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menilai reaksi otak pada dua kelompok remaja berusia 16 dan 17 tahun.

Kelompok pertama adalah remaja yang banyak menghabiskan waktunya di depan internet sehingga merosakkan kualiti hidup mereka, sementara kelompok kedua adalah sebaliknya.

Hasilnya adalah, para remaja di kelompok pertama mengalami gangguan saraf otak yang disebut “white matter”. Syaraf ini berfungsi menghubungkan beberapa bahagian dari otak yang menangani fungsi pengambilan keputusan, emosi dan pengendalian diri.

Sumber: Sidomi

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement