Antara yang terkini yang telah dimasukkan dalam senarai 7 Keajaiban Dunia Baru yang dikeluarkan oleh Yayasan New 7 Wonders of Nature yang berpusat di Switzerland adalah Teluk Ha Long yang terketak di Vietnam.
Teluk Ha Long, Vietnam - 7 Keajaiban Dunia Baru
Dikenali dunia sebagai Ha Long Bay. Ia turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menajdi destinasi pelancongan terkenal di Vietnam. Teluk ini dikeliling gunung batu kapur berusia beribu-ribu tahun yang boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ha Long Bay adalah pusat zon yang meliputi Teluk Bai long ke timur laut, dan Pulau Cat Ba di barat dayanya.Teluk ini meliputi kawasan seluas 1.553 kilometer persegi termasuk 1,960 hingga 2,000 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Daratan teluk adalah 334 kilometer persegi dengan kepadatan 775 pulau kecil. Di percayai usia batu kapur di teluk ini menjangkaui 500 juta tahun. Evolusi batu kapur di teluk ini mengambil masa 20 juta tahun kesan perubahan iklim tropika. Terdapat 14 spesies bunga dan 60 spesies fauna yang unik di sini.
Begitulah indahnya, uniknya dan hebatnya Teluk Hua Long ini ..... syukur kepada Tuhan kerana kita diberi kelebihan untuk melihat segala keindahan dan kehebatan Tuhan ini.
Sumber: Bharian
cantiknya
ReplyDeleteMemang cantik tempatnya. Mungkin banyak lagi wonders di bawah dasar laut yang masih belum dijumpai.
ReplyDeletesgt cantekk..bila la dpt pegi tmpt ni kan..huhu
ReplyDeleteterlalu cantik
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.