Cubalah petua tips dapat anak guna buah kurma dan susu kambing ini. Ada pasangan yang kepingin dapat anak, bila mereka terlalu hendakkan anak, maka berbagai cara dan kaedah dilakukan. Dalam Islam, kita diasuh untuk tidak putus asa, sentiasa ikhtiar dan berusaha dalam mendapatkan sesuatu. Ikhtiar adalah petunjuk bahawa kita tidak pernah lupa bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa.
Saya nak kongsikan satu tips atau petua untuk mendapatkan anak, insyaAllah buat mereka yang sedang usaha, boleh lakukan ikhtiar ini.
Tips Dapat Anak Menggunakan Buah Kurma dan Susu Kambing
Petua ini diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz,
Ambil segengam buah tamar atau kurma, segengam suami, segengam isteri. Kemudian dicampurkan dengan susu kambing dan anda kisar sehingga hancur. Susu kambing boleh jadi susu segar atau susu kambing yang biasa boleh didapati di pasaraya. Minumlah sekali seorang satu gelas di waktu pagi. Jika boleh, baca ayat berikut:
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5)
Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap pagi buat pasangan suami isteri. Pantangnya pula ialah jangan makan atau minum benda berasid contohnya limau, benda-benda yang masam, dan makanan seperti tomyam perlulah dielakkan. Makanan-makanan ini akan membuatkan sel telur sukar melekat pada rahim.
InsyaAllah, menurut ustaz yang memberikan petua ini, dalam masa setahun akan dapat hasilnya.
Cubalah petua dan tips ini, dua-dua adalah makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika amal, in Sha Allah, dapat berkat dan pahala. Tak rugi, yang penting kita usaha menerusi amal yang baik dan kita ingat bahawa Allah pemberi rezeki Maha Hebat. Apapun boleh terjadi.
p.s: Adik saya dah bertahun kahwin, akhirnya dikurniakan rezeki dapat anak kembar, in Sha Allah, anda juga boleh.
Cubalah petua dan tips ini, dua-dua adalah makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika amal, in Sha Allah, dapat berkat dan pahala. Tak rugi, yang penting kita usaha menerusi amal yang baik dan kita ingat bahawa Allah pemberi rezeki Maha Hebat. Apapun boleh terjadi.
p.s: Adik saya dah bertahun kahwin, akhirnya dikurniakan rezeki dapat anak kembar, in Sha Allah, anda juga boleh.
moga sapa yg mengamalkannya akan berjaya dpt anak... =)
BalasPadamIn Sha Allah, siapa yang berusaha nak dapatkan anak boleh cuba cara ni.
Padamperkongsian petua yg sungguh menarik...
BalasPadamoo..nnt klu da kawen kene elak kan mknn berasid le ye..;)
BalasPadamTerima Kasih HH..petua yang saya cari...saya nak mencuba...ikhtiar...saya & suami teringin nak anak...tapi belum ada rezeki lagi...doakan kami ye...^__^
BalasPadamelok ikut petua camni! yang penting kita ikhtiar..
BalasPadam@misz_eyza InsyaAllah.
BalasPadam@CIK MAY Bukan tak boleh, tapi buat pasangan yang mencari petua untuk dapatkan anak, kena amalkan petua pantang tu
BalasPadam@Makwe Kintan"Ya Allah Ya Tuhanku, Moga kau berikan rezeki yang baik dari sisiMu untuk pasangan ini"
BalasPadam@mas saari Betul tu Mas...
BalasPadamDari Ustaz Hamizi
BalasPadampernah berkursus dgn dia dulu
byk petua2 dari ustaz ni
hmm... bagus tips ni.. tp saya dah ada :-) saya biasa minum madu..
BalasPadamas salam, mintak kebenaran utk copy content ni tempek kat blog saya ye.. tq :) http://ttcjurnal.blogspot.com
BalasPadamakhirnya sy jumpa juga petua ni...terlalu inginkan anak...sy dan suami akan cuba tanpa putus asa..doakan utk kami...
BalasPadamIn Sha Allah .. usaha itu penting ...
Padamtrimass...sy ada ikut program tanyala ustaz time tu tp telupa surah apa..
BalasPadamalhamdulillah, Allah Maha Mengetahui, kan !
BalasPadamnice sharing
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.