Kesihatan, sememangnya satu aset yang tidak ternilai. Dan oleh kerana itulah, ramai yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dek kerana faktor kesihatan ini. Semua orang mahu sihat, semua orang mahu cantik ... maka, dengan potensi yang ada .... ramai peniaga, penjual, pengeluar .... yang menghasilkan pelbagai jenis ubat dan juga produk kesihatan, cuba memperdaya pengguna dengan pelbagai jenis iklan, testimoni yang adakala agak meragukan.
20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan
Persoalannya ialah sejauh mana produk-produk ini ... terbukti berkesan... dan adakah cara promosi mereka itu sah dan dibenarkan dari segi undang-undang?
Berikut saya senaraikan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan. Ini bermaksud anda tidak boleh buat iklan seperti contoh - "Penawar Kencing Manis dan Barah" atau "Produk Dijamin Dapat Merawat Asma dan Lelah".
- Penyakit kerosakan buah pinggang
- Penyakit kerosakan jantung
- Kencing manis
- Sawan
- Lumpuh
- Batuk Kering
- Asma/lelah
- Kusta
- Barah
- Pekak
- Ketagihan dadah
- Hernia
- Penyakit mata
- Tekanan darah tinggi
- Sakit mental
- Kemandulan
- Frigiditi
- Lemah fungsi seks
- Venerus
- Kelemahan urat saraf dan yang seumpamanya
Sumber: Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
info yg bgus.. heheh..
BalasPadamlama tak lawat blog HH
tapi ader je iklan2 tu skrg ni...
BalasPadamYe ke? Ada je produk yang iklankan penyakit2 atas tu. Maksudnya dah lulus la kot kan?
BalasPadamBetultu! masa saya di sahkan kanser payudara.Macam2 ubat saya makan dan dijanjikan akan sembuh..
BalasPadamSaya biarkan penyakit saya selama 7 bulan ..(jangan jadi seperti saya)
Saya habiskan rm10000 hanya untuk ubat sebegitu akhirnya barah merebak ke tahap 3..Ubatnya saya tunjuk disinihttp://suarahatidanceritaku.blogspot.com/labek kanser...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.