As-Salam.
Menurut beberapa kajian, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seharian untuk menjadikan tubuh lebih tinggi. Walaupun, diketahui bahawa pertumbuhan tubuh badan itu berkait dengan pemakanan sejak kecil dan juga genetik, namun terdapat beberapa pergerakkan badan yang dapat mempengaruhi pertumbuhan tulang dan juga otot.
Anda boleh mencuba senaman-senaman berikut atau pergerakkan yang mengandungi ciri-ciri berikut untuk mendapatkan tubuh yang tinggi.
6 Bentuk Senaman Untuk Memanjangkan Tubuh
Lari Dengan Cepat (Sprint)
Latihan ini bermanfaat meningkatkan pelepasan hormon pertumbuhan. Penekanan pada otot kaki selama latihan dilakukan akan memberi impak pada pemanjangan tulang dan otot di bahagian kaki. Namun, ia merbahaya andai dilakukan terlalu kerap kerana ditakuti boleh mendatangkan kecederaan.
Menedang (Kicking)
Berdiri dengan kaki lebar dan angkat satu kaki kemudian lakukan
tendangan. Ulangi cara ini sebanyak 20 tendangan pada satu kaki dan kemudian
beralih ke kaki yang lain. Lakukan latihan ini selama 20 kali, dipercayai boleh memanjangkan tulang kering dan paha.
Lompat (Jumping)
Berdirilah di depan bangku atau tangga setinggi kaki. Latihan dimulakan dengan
melompat menggunakan satu kaki dalam kiraan sepuluh. Lalu, ulangi dengan kaki
lain. Lakukan gerakan melompat hingga tiga kali. Jangan terlalu menekan, berehatlah andai rasa letih.
Berbasikal (Cycling)
Gerakan mengayuh akan membuatkan jari kaki terus mencapai pedal. Ini
merupakan peregangan yang manjadikan kaki lebih panjang. Lakukanlah
selama 10-15 minit.
Berenang (Swimming)
Ini antara kaedah senaman untuk memanjangkan tubuh yang sangat efektif. Ia juga menjadikan tubuh lebih fit dan fleksibel. Lakukan renang gaya dada dan lakukan minimal 20 minit.
Lompat Tali (Skipping)
Gerakan ini sebenarnya membolehkan bahagian tubuh diregangkan. Kaki perlu dilonjakkan lurus dan menujah ke atas, lalu memberikan ransangan untuk otot2 badan lebih melentur.
Ini merupakan antara cara serta kaedah senaman yang dapat membantu anda untuk memperoleh tubuh badan yang lebih tinggi. Namun, harus diingatkan, buatlah sekadar kemampuan anda, kerana gerakan-gerakan itu boleh juga mendatangkan kecederaan kerana melibatkan penggunaan otot dan tulang yang agak ekstrem.
nice info ^^
ReplyDeletewah anak2 boleh aplly ni, akan saya bagi info kepada anak2 saya. tq sangat berterima kasih.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.