Petua Untuk Anak Terkena Demam Kuning (Jaundice)
Susu ibu adalah anugerah Tuhan, gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Ia ada kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak atau bayi yang baru lahir. Dan bagi ibu, sila kawal dan jaga pola pemakanan anda agar si bayi mendapat khasiat sempurna dan lengkap dari penyusuan susu ibu.Susu kambing. Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.
Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.
Pokok Dukung Anak. Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Halwa Kundur. Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.
Ini adalah beberapa petua dan cara yang saya tahu dan pernah praktikkan jika anak kena demam kuning semasa baru dilahirkan. Apapun, semua petua ni adalah mengikut kesesuaian. In Sya Allah boleh diamalkan untuk kebaikan bayi tersebut.
Dan hmm ..ikut kata orang tua-tua, bila bayi kena kuning ...jauhkan segala benda yang berwarna kuning dari berdekatan dengan bayi..... huhuhuhu...
terjumpa info ni, juga pasal demam kuning… sharing is caring :)- Penyakit Bayi Kuning
ReplyDeleteTp emas diorang x nak jauhi..hehe
ReplyDeleteKena simpan ooo
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.