As-Salam. Tentu ada yang ingin tahu, bagaimanakah Alexa - sebuah organisasi penyata aras tahap populariti sesebuah laman web mahupun blog itu berfungsi atau mengira kedudukan ranking blog anda. Alexa menyediakan penanda aras kedudukan sesbuah laman atau blog itu berdasarkan trafik dan juga jumlah pengunjung. Ia juga mengambil kira pandangan (review) daripada pengunjung ke sesebuah laman atau blog.
How Alexa Rank Your Blog?
Secara umumnya, Alexa akan mengira ranking atau kedudukan menerusi pengiraan yang melibatkan kombinasi purata pengunjung sehari dan jumlah pageviews atau paparan dalam tempoh 3 bulan terkemudian. Laman web atau blog dengan kombinasi pengunjung dan jumlah paparan paling tinggi akan diberikan kedudukan #1.
Bagaimana Alexa Berikan Ranking Blog Anda Mengikut Negara?
Manakala kedudukan atau ranking sesebuah laman sesawang atau blog mengikut negara pula dikira menggunakan kombinasi yang serupa - purata pengunjung sehari dan jumlah paparan bulan sebelumnya; cumanya ia hanya mengira pengunjung yang hadir dari negara yang sama. Kombinasi tertinggi akan menjadikan laman sesawang atau blog tersebut berada di ranking #1.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.