As-Salam. Ini memang tips paling berkesan dan terbukti, malah kebanyakkan followers blog HH adalah daripada kaedah dan cara ini. Paling busuk pun, jika anda amalkan tips tambah follower ini ... pasti akan dapat 5-10 followers baru sehari!
Jadi, apakah tips dan rahsia untuk mendapatkan follower paling mudah dan paling cepat ini? Hmmm sebenarnya ianya bukanlah rahsia ... cuma kadangkala kita tak berapa nak perasan. Dan buat blogger baru yang mahu mencari followers, cubalah tips dan petua yang HH kongsikan ini. Pasti menjadi punyalah ...
Apakah cara, tips, petua, rahsia untuk mendapat atau menambah follower paling mudah dan cepat ini? Caranya ialah dengan join segmen, kontes dan juga giveaway. InsyaAllah ... blog anda akan menerima kehadiran followers baru ....
Rajinkan diri untuk join, dan pastikan anda join sesuatu segmen, kontes dan giveaway itu antara yang terawal. Kebarangkalian tinggi untuk mereka yang join awal mendapat lebih banyak followers dari yang lain.
Dan, anda joinlah segmen yang paling mudah dan paling simple. Satu lagi tips untuk mendapat follower dengan mudah.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.