As-Salam. Hanis Zalikha, blogger yang semakin dikenali bukan sahaja di dunia blog Malaysia tetapi di dalam dunia hiburan tanahair. Dari model, menjadi blogger terkenal, kemudian menjadi duta produk, lepas tu ..... jadi pelakon, dan kini dah jadi pengacara sebuah program beli-belah - Mad Markets.
Mad Markets terbitan TV9, akan ditayangkan menerusi slot 9X pada setiap Rabu, jam 10.30 malam bermula 12 September 2012 ini. Ia akan memaparkan lokasi menarik untuk membeli-belah di Malaysia dan beberapa negara Asia lain termasuk Hong Kong, Indonesia, Singapura serta Thailand.
Hanis Zalikha Pengacara Mad Markets
Apa yang menarik mengenai rancangan yang dikendalikan oleh Hanis Zalikha ini ialah, selain Hanis menunjukkan lokasi membeli-belah yang best-best, Hanis juga akan tunjukkan tempat-tempat makan yang sedap bersama-sama dengan tetamu Hanis yang juga merupakan blogger !!
Mad Markets ini akan ketengahkan beberapa blogger popular yang lain di antaranya ialah Maria Elena dari Malaysia dan Xiaxue dari Singapura.
Blogger Maria Elena Sebagai Tetamu Mad Markets
Hanis Zalikha di Thailand
Dan setiap daripada blogger terkenal ini akan membuat catatan istimewa di laman blog mereka menceritakan pengalaman bersama Mad Markets.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.