As-Salam. Blogger Malaysia perlu ada kamera DSLR kalau mahu hasilkan gambar yang sangat cantik untuk dimasukkan ke dalam blog. Namun, tidak semua orang yang tulis dan punyai blog ada kamera semahal itu. Mungkin, ia satu kelebihan buat blogger yang ada kamera DSLR ini, tetapi tidak boleh dinafikan, blogger Malaysia yang tak ada kamera hebat macam tu pun sebenarnya boleh hasilkan gambar yang cukup baik dalam blog.

Originaliti adalah satu keperluan penting untuk blog anda disukai. Antara ciri originaliti yang perlu seorang blogger titik-beratkan ialah penggunaan gambar dan idea visualisasi. Jika gambar itu milik dan hasil kreativiti anda, secara mudah anda boleh tingkatkan penjenamaan blog anda menerusi gambar.

Blogger Ternama Guna Kamera DSLR


Kamera DSLR terbukti dapat hasilkan gambar super cun. Harga paling murah yang HH dapat fikirkan bagi sebuah kamera DSLR adalah sekitar RM1600 sekali dengan satu lens standard. Jika anda ada kemampuan, dapatkan sebuah untuk anda gunakan. Ramai blogger yang hebat, menggunakan kamera DSLR dalam penghasilkan gambar untuk blog.


Originaliti Gambar Bukan Disebabkan Jenis Kamera


Tetapi, originaliti sesebuah gambar tidak bergantung dengan jenis kamera. Sebuah kamera kompak mahupun kamera telefon bimbit sebenarnya sudah cukup untuk membolehkan anda membuat entri bergambar yang menarik.

Nak lebih best, anda boleh gunakan sedikit kemahiran asas untuk edit gambar dengan berikan kesan-kesan khas yang menjadikan ia lebih menarik. Lagipun, banyak perisian edit gambar yang boleh anda muat turun percuma bagi bantu anda hasilkan gambar super best - yang kadangkala lebih best dari gambar yang terhasil menerusi DSLR.

Samada anda ada kamera canggih, mahal, murah, DSLR, kompak mahupun kamera telefon bimbit .... apa yang penting adalah daya kreativiti anda untuk ubah satu gambar biasa menjadi sebuah gambar menarik, original dan mampu menarik pengunjung ke blog anda.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagi dkna yang lebih penting cara penulisan kita kat blog..gambar yang cantik ibarat satu kelebihan supaya blog kita tampak lebih menarik untuk dibaca :)

    BalasPadam
  2. Salah satu kgemaran, masukkan gmbr yg diambil sendri ke dlm blog..Terasa lbh puas dgn cra bgtu

    BalasPadam
  3. satu kelebihan kalau ada :)

    BalasPadam
  4. kalau berkemampuan,apa salahnya kan..lbh2 yg nak g event tu...rasanya gmbr akan kelihatan lebih menarik gitu....

    BalasPadam
  5. haha thought I don't have DSLR but I always dream to have one, it really can produce a better picture compare to digital camera and handphone camera.

    BalasPadam
  6. Yes, blogger having DSLR is an advantage ...

    BalasPadam
  7. Hmm ... betul tu, lagi-lagi kalau nak dapat penajaan ... penting ni untuk blogger yg cari income menerusi blog dan iklan

    BalasPadam
  8. Betul ... tapi tak salah pun kalau nak 'pinjam' dari blog-blog lain terutama blog fotografi, sbb blog2 ini bukan blog SEO dan tidak aktif dalam enjin carian.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement