As-Salam. Memang ada risiko bila kita canang kepada orang bahawa kita ini adalah seorang blogger. Bukan semua orang sukakan blogger, kerana ada sesetengah orang di luar sana melabelkan blogger antara komuniti yang suka adu domba, suka tukar fakta, suka putar belit, suka tipu dan macam-macam lagilah. Maka, blogger bukanlah boleh dikatakan sebagai satu 'pekerjaan' yang hebat mana.

Ramai dalam dunia blog Malaysia suka berkongsi informasi. Malah, sesebuah entri jika kena caranya akan bercambah dari satu entri seorang blogger ke satu entri blogger yang lain - yang boleh HH katakan sebagai entri viral. Dari situ, capaian maklumat dan informasi menjadi-menjadi ..... dan tentunya ada punca tertentu.

Terima Ugutan Bunuh Disebabkan Sebuah Entri




Kerana dan disebabkan itulah, HH yang kononnya yang berkongsi informasi berguna telah menerima satu ugutan. Bukan ugutan biasa, tetapi satu ugutan bunuh ...hanya kerana menulis kembali satu fakta yang telah dikongsikan kepada HH melalui sebuah laman web yang lain.

Ya, satu kesilapan juga buat HH yang mencedok sesuatu yang belum pasti. Mungkin juga silap HH kerana membuat tajuk yang membangkitkan kemarahan seseorang. Memang salah. Tetapi apakan daya, maaf sahaja yang boleh HH ucapkan.

Mungkin cara orang lain membaca entri tu tidak sama dengan cara kita cuba menyalurkan informasi. Mereka anggap kita adalah musuh mereka, tetapi sebaliknya apa yang ditulis adalah untuk kita fikirkan akan kebenarannya. Mengetahui cerita yang diceritakan oleh yang lainnya.

Bahaya kan? Jadi hati-hatilah dengan apa yang anda tulis dan kongsikan dalam blog ini. 

Dann erkkk ... memang HH mengaku, masih lagi seorang blogger yang baru nak belajar .. Alangkah baiknya andai si pemberi komen boleh berikan peluang untuk belajar menjadi seorang blogger yang tidak bodoh!


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Apapun hrp HH dh buat laporan polis utk keselamatan..

    BalasPadam
  2. x patut...x patut.....

    BalasPadam
  3. mungkin selepas ni kena lebih berhati-hati bila membincangkan sesebuah topik..=.='

    BalasPadam
  4. "Kalau kau depan aku... "
    Sebab xde depan mata la yg dia berani buat ugutan tu.

    BalasPadam
  5. Peringatan untuk semua blogger juga ni..

    BalasPadam
  6. takut juga kalau dapat macam tu.

    BalasPadam
  7. pinkbubblegum princess25 Oktober 2012 pada 1:34 PG

    jaga-jaga penulisan ada yg memerhati tu....http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/.. :)

    BalasPadam
  8. erk..bahayanya.. dekat luar pun mcm ni..
    kena hati-hati.. rilkes bro HH..

    BalasPadam
  9. Hmmm..bahaya ni..bila niat di salah erti...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement