As-Salam. Ada blogger yang mohon bantuan HH untuk memperbetulkan ruangan komen blospot blog mereka, kerana tidak berfungsi. Sudut pengalaman, HH memang pernah alami situasi serupa, dan masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan beberapa cara dan kaedah.
Sebenarnya masalah ruangan komen tidak berfungsi di blog blogspot kebanyyakannya disebabkan oleh penggunaan template yang tidak sama strukturnya dengan template asas yang diberikan oleh blogspot. Kebanyakkan blogger yang menggunakan blogspot dengan template custom-made selalunya akan hadapi masalah ruangan komen tidak berfungsi.
Berikut HH berikan cadangan untuk perbetulkan ruangan komen blogspot yang mungkin hadapi masalah seperti di atas.
6 Panduan Asas Jika Blogspot Hadapi Masalah Ruangan Komen
- Apabila anda memilih template custom-made, seharusnya terlebih dahulu anda lihat demo penggunaan blog template tersebut dan uji ruangan komen blog tersebut. Jika ada masalah, terus berhubung dengan pembuat template tersebut. Selalunya pembuat template ini akan terus memberikan respon mereka.
- Anda juga boleh mencuba dengan ubah penetapan ruangan komen di blogspot anda. Ubah dan cuba ketiga-tiga pilihan atau option yang diberikan untuk penetapan komen - embedded, full page, dan popup window. Selalunya jika anda guna template luar, komen-komen akan diletakkan secara embedded, cuba tukar setting di dashboard blogspot anda untuk ruangan komen kepada popup window. Selalunya masalah ini akan selesai.
- Jika tidak, HH syorkan anda menggunakan khidmat Disqus atau Intensedebate untuk menguruskan ruangan komen blogspot anda. Selain penggunaannya yang membuatkan ruangan komen lebih menarik, anda juga dapat menggunakan beberapa kelebihan lain yang disertakan dengan penggunaan ruangan komen Disqus mahupun Intensedebate ini.
- Facebook juga memberikan anda kelebihan untuk anda uruskan ruangan komen blogspot anda, tetapi HH tidak syorkan kerana penggunaannya menggunakan iFrame yang tidak begitu baik untuk SEO.
- Satu lagi.
- Oh ya, satu lagi .. apabila anda membuat blog dengan template luar, pertama sekali anda perlu pastikan blogspot anda itu telah stabil dengan perkara-perkara asas - seperti widget asas blogspot, kedudukan header, penetapan tarikh dan sebagainya sebelum anda memasukkan widget-widget atau script luar. Elakkan anda letakkan script luar dan widget luar semasa anda mula-mula tukar template, kerana kadangkala konflik berlaku dan menyebabkan blog anda jadi tunggang-langgang.
Semoga blogger yang bertanya akan dijawab persoalan dan masalah mereka dengan panduan berblog yang HH kongsikan ini, insyaAllah.
Boleh ... bagi HH tiada masalah selagi kita tahu menghargai hasil tulisan dan idea orang lain. Cuba anda baca berita dalam akhbar ... paling tidak akan dinyatakan sumber sesuatu berita terutama jika berita luar ... begitulah caranya yang perlu dilakukan. Bukan ambil dan katakan ini adalah kita punya!!
ReplyDeleteterima kasih HH..
ReplyDeletesalam sejahtera...sya ni baru nak brjinak-jinak utk menjadi blogger...so sya nak tanya..bolehkah sya copy artikel orang lain kemudian sya persembahkan di blog sya dengan cara penulisan sya sendiri?...terima kasih...
ReplyDeleteassalamualaikum hh....bagus nyer boleh dpt tips n info ini...:)
ReplyDeletepernah guna disquss tp kembali kpd asal..
ReplyDeletemgkin next time cuba lg, tp mmg menarik.
tq bro..
ReplyDeletesama2
ReplyDeleteharap penjelasan HH ni dapat merungkai persoalan semua blogger. rmai yang tanya pasal ni
ReplyDeletesaya guna template asal je..senang sikit
ReplyDeleteItu lebih baik dan selamat buat awal2 mereka berblog ... HH dulu pun guna template asal dekat 2 tahun, dan pageviews memang awesome la ..cuma perlu update sentiasa
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.