As-Salam. Bolehkah menjadi jutawan dengan berblog? Hmm ... boleh, tapi di Malaysia, seperti yang HH pernah ceritakan dalam entri lepas - Bukan Mustahil Menjadi Jutawan Blogger, ia mungkin akan ambil masa lagi 5-10 tahun. Di dunia, ramai blogger telah pun menikmati kemewahan disebabkan blog mereka. Siapakah 10 blogger terkenal yang menjadi jutawan dunia?

Berikut HH kongsikan blogger yang telah berjaya menjadi jutawan dunia. Nilai blog dan anggaran pendapatan yang diperoleh oleh blogger tersebut dalam nilai dollar US yang dianggarkan dalam tahun 2012.

Jutawan Blogger Dunia - Gawker


10 Blogger Terkenal yang Menjadi Jutawan


  1. Arianna Huffington - The Huffington Post - USD$35 Juta
  2. Michael Arringtons - TechCrunch - USD$15 Juta
  3. Nick Denton - Gawker - USD$100 Juta
  4. Gina Marie Trapani - LifeHacker - USD$109 Juta
  5. Pete Cashmore - Mashable - USD$95 Juta
  6. Ben Huh - Fail Blog - Jutaan USD
  7. Sven Lennartz dan Vitaly Friedman - Smashing Magazine - USD$5 Juta
  8. Kevin P Ryan - Business Insider - USD$3 Juta.
  9. Pete Rojas - Engadget - USD$3.2 Juta. 
  10. Tina Brown - The Daily Beast - USD$100 Juta.


Ramai yang mungkin tak tahu bahwa telah ramai blogger yang berjaya dengan blog masing-masing. Di Malaysia, mungkin yang nampak seperti dah penuh poket sebab berblog ialah Redmummy. Itu yang dihebahkan dalam media massa satu ketika dahulu. Namun, ramai antara kita yang sebenarnya boleh menjadi blogger jutawan, asalkan minda dan perspektif masyarakat kita di masa sekarang diubah dan menganggap blogger Malaysia ada kredibiliti tersendiri.

Sepertimana yang anda nampak dalam senarai di atas, kebanyakkan blogger jadi jutawan tu ... dah lama berblog, sejak dari seawal tahun 2005 lagi. Mula dari blog biasa-biasa sahaja yang kemudiannya mendapat pulangan hebat menerusi pengiklanan dan pembelian blog mereka.

Mashable Blog Worth Millions


Mungkin satu hari nanti, anda juga akan jadi seperti mereka. Lihat sahaja Pete Cashmore dengan blog Mashable, usianya pun boleh dikatakan remaja, kaya raya bila blognya dibeli pada awal tahun 2012 oleh CNN dengan nilai USD200 Juta!

*p.s: Mohon jasa baik anda undi blog ini untuk kategori Blog Pendidikan Pilihan MSMW 2013 ehh ...

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow..jutawan blogger..hehe

    ReplyDelete
  2. Jadi blogger pun boleh jana pendapatan

    ReplyDelete
  3. yang tak diumum pon ramai yang hidup senang dalam dunia blog kan HH.. :)
    blog HH pon memang hebat sangat...dkna suka baca, banyak info.

    ReplyDelete
  4. Ya, blog memang boleh datangkan pendapatan lumayan jika kita bijak menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan.

    ReplyDelete
  5. Orang Malaysia ada yang dah jadi jutawanta blog lagi tuan HH?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement