As-Salam. Semakin lama kita berblog, maka semakin kita tahu arah tuju kita dalam dunia blog Malaysia. Apa yang kita tulis dalam blog pun dah mula terarah kepada sesuatu topik. Serius. Mula-mula kita hanya berblog suka-suka, bercerita soal hatilah, bercerita soal anaklah, beceloteh pasal kegiatan kita seharianlah ... tapi ... semakin lama ... kita dah mula merasakan perlu ada sesuatu yang perlu dan lebih baik untuk dikongsikan.
Ada blogger yang awal berblog, lebih suka cerita pasal am hal dia sebagai surirumah... dok buat itu ini dan berbicara tentang anak-anak yang nakal. Tapi lama kelamaan, dia mula berkongsi pasal tips dan petua nak didik anak-anak, yelah ..dah seharian dok berdepan dengan perangai anak-anak yang pelbagai .. kan kan.
Blog Mula Ada Niche Sendiri
Pastu, mula bercerita tentang tips dan petua di dapur. Tips bagi nasi hilang bau hangitlah, tips bagi ikan goreng tak lekat kat kualilah .. dan macam-macam ... Nah, dah ada niche sendiri. Secara sendirinya semuanya berlaku secara tanpa sedar pun.
Ada yang kata susah nak buat niche, ada kata blognya adalah blog biasa-biasa sahaja. Tetapi, bila dah terapkan perkara-perkara manfaat di dalam seni menulis blog, maka blognya dah ada niche ... dan blognya sudah ada tujuan dah. Bukan takat cerita soal anak-anak, tapi dah menjurus untuk kongsi petua dan tips yang sering dok praktik.
SEO Diterapkan Tanpa Sedar
SEO pun diterapkan tanpa disengajakan dengan kata-kata kunci yang sering dicari di laman maya. Keywords mengenai petua, tips, panduan serta rahsia merupakan antara kata kunci popular di enjin carian. Seperti yang HH pernah tulis, dengan menulis tajuk yang lebih khusus ... penulis blog seorang surirumah yang dulunya hanya kongsi kisah anak-anak dan ngomelan seharian kehidupan, kini menjadi pakar dalam memberikan tips dan petua yang sah-sah terbukti berdasarkan pengalaman sendiri. Tanpa blogger itu ketahui, seni SEO onpage pun dimanfaatkan sepenuhnya.
Kesimpulannya, anda sebagai blogger teruskan menulis apa yang anda suka. Lakukan sekerap mungkin dengan idea-idea yang ada. Blog perlu dikemaskini, kerana setiap kali anda buat entri baru, anda sebenarnya mendidik diri anda untuk menjadi seorang blogger yang baik.
ya betul..n seo is rawkk!!!
ReplyDeleteniche 2 ape sebenarnya? saya tak paham .. huhuu
ReplyDeleteyelah kdg2 yg dtg ke blog sy,melalui pencarian mereka kt google search.dan byk kali juga sy perasan,ada entri/topik yg sy kongsikan,selalu dlm senarai teratas pencarian.trm kasih bg byk ilmu,sy kena bljr bijak pilih tajuk entri ^*
ReplyDeletebenar sekali ..setuju dengan entry nie :)
ReplyDeleteTerima kasih .. :)
ReplyDeleteHmm kadangkala kita tanpa sedar bahawa kita telahpun mendalami ilmu SEO ini. SEO tak susah mana pun... malah kini Google lebih prihatin kepada mereka yang benar-benar berblog dan bukan buat entri main copy-paste semata
ReplyDelete@bbd1e8ca244f425c3f22bba4f8934ab4:disqus ...niche tu maknanya ada tema tertentu, contohnya ohbulan - dok cerita pasal retissssss je ... gitulah. Contoh macam Paultan ..dok cerita pasal kereta je ... hanya entri bertopik berdasarkan kepada subjek atau tema tertentu,
ReplyDeleteooo nice..
ReplyDeletethanks for entry...... bermakna sangat.....
ReplyDeleteSama-sama, semoga lebih banyak ilmu dapat diberikan kepada anda
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.