As-Salam. Ada rakan blogger minta HH kemukakan idea mengenai bagaimanakah cara blogwalking yang betul. Hmm ... sebenarnya, HH pun tak tahu cara blogwalking yang betul, sebab ia bergantung pada banyak perkara. Antaranya ialah tujuan dan misi menjayakan blogwalking atau bloghopping. Namun, yang HH pasti ialah blogwalking adalah salah satu cara mempromosikan blog dan memperkukuhkan jenama blog.
Mengikut pengalaman dan pemahaman HH, tingkah laku blogwalking ini sebenarnya bersandarkan kepada tujuan. Apakah tujuan anda susuri blog (blogwalking)?
Ok, berdasarkan kepada tujuan tersebut, anda sebenarnya sedang melakukan kaedah susuri blog (blogwalking) terpilih.
Kaedah Susuri Blog (Blogwalking) Terpilih
Apa dia susuri blog terpilih ni? Seperti awalan diperkatakan tadi, ia bergantung pada tujuan. Seorang blogger sepatutnya dan seharusnya menggunakan kaedah ini untuk susuri blog secara betul. Mungkin ianya boleh dilakukan secara semborono tetapi keberkesanan untuk anda kukuhkan jenama blog dan mempromosikan blog anda adalah tipis.
Katakan anda sertai satu-satu segmen yang dianjurkan oleh blogger, contohnya Tambah Trafik Tambah Follower. Tujuan anda sertai segmen tersebut dah terang lagi bersuluh di situ - untuk tambahkan trafik blog serta meningkatkan jumlah follower atau pengikut blog. Makanya, seharusnya anda bekerjasama dengan tuan punya segmen untuk menjayakan segmen itu. Susuri blog-blog yang ambil bahagian, dan tinggalkan jejak blog anda di ruangan komen blog peserta. Cara ini bukan sahaja memberikan anda lampu hijau untuk meninggalkan backlinks tetapi juga salah satu cara anda untuk mengenali blogger lain - dan tentunya promosi blog anda.
Andai anda tak sertai apa-apa segmen, kaedah susuri blog bagaimana harus anda lakukan pula? Lihat pada beberapa contoh tujuan susuri blog berikut:
- Tingkatkan Google Pagerank (PR) Blog Anda. Seharusnya anda mencari blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi untuk tujuan susuri blog bagi tingkatkan PR. Tentu anda pernah nampak beberapa entri HH yang berkaitan dengan Google Pagerank ini, dan antaranya ialah penyenaraian blog-blog yang ada PR tinggi. Mengapa? Supaya mudah bukan sahaja buat HH tetapi juga blogger lain yang mahu susuri blog berPR tinggi.
- Membolehkan Blog Dikenali Blogger Baru. Tentu anda dah baca mengenai betapa pentingnya sokongan daripada blogger baru untuk blog anda dikenali. Kerana apa? Sebab blogger baru adalah agen terbaik untuk mempromosikan blog anda. Anda sebagai blogger baru tentu teruja didatangi oleh blogger lain yang punyai jumlah pengikut yang lebih ramai daripada anda, atau blogger yang sudah dikenali ramai. Promosi blog anda akan berlaku secara sendirinya .. percayalah.
- Berkongsi Pandangan Serupa. Ini adalah antara cara yang boleh anda praktikkan untuk menyediakan backlinks berkualiti pada blog anda. HH pernah ceritakan bagaimana backlinks berkualiti ciri terpenting untuk menjadi juara SEO. Anda perlu susuri blog-blog yang mempunyai entri dengan tajuk yang hampir sama. Contohnya Foto Lynda Roslan - Blogger Cantik Menjadi Pelakon. Anda perlu Google kata kunci Lynda Roslan, dan tampilkan pandangan anda atau kongsikan entri serupa mengenai kata kunci tersebut.
- Berkongsi Minat Serupa. Minat ini juga ditafsirkan sebagai mempunyai tema yang serupa. Lihat bagaimana blog-blog yang punyai ciri-ciri serupa saling meningkat naik. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan susuri blog pada blog yang punyai ciri-ciri yang serupa dengan blog anda. Contohnya, jika blog anda mengenai kisah artis, maka blogwalking pada blog-blog yang secara keseluruhannya bercerita soal artis.
Perghh ..rasanya dah cukup panjang dihuraikan mengenai tatacara susuri blog (blogwalking). Tentu anda lenguh membaca dari A sampai Z ... sepertimana HH naik berpinar menulis entri ini jam 2 pagi untuk penuhi tuntutan rakan blogger yang ingin tahu.
Mungkin cara HH berbeza dengan blogger lain, tetapi ia tidak susah untuk dipraktikkan. Cara-cara di atas itulah yang telah membuatkan blog ini menerima trafik sangat hebat daripada blog Ben Ashaari, Beautifulnara, Denaihati, Dapur Tanpa Sempadan dan ramai rakan blogger lain terutama daripada gerombolan blogger-blogger baru.
Namun, walaupun dengan blogwalking terpilih ini, anda masih lagi perlu menghabiskan masa yang agak lama untuk melaksanakannya. In Sya Allah, di lain ketika, HH akan kongsikan pula tips lain berkaitan blogwalking atau susuri blog (main hentam je letak terjemahan... hahahaha).
Selamat menyusuri blog!
p.s: HH tulis entri ini atas dasar nak bantu blogger yang ingin tahu, jika anda ingin hargai usaha HH ini sebagai salah satu cara pendidikan untuk blogger, undilah blog ini dalam MSMW2013. Dan jika sudah ada pilihan lain, mohon anda share (LIKE-Google+) entri ini agar semua dapat tahu. Sharing is LOVEEE.... hehehehe
Tips yang menarik dari HH..TQ :)
ReplyDeleteterima kasih bro..hehehe.. lagi tips2 yang sangat berguna :)
ReplyDeleteTerima kasih atas tips yang berguna ni..
ReplyDeleteBanyak tips yang boleh dapat dekat sini, memandangkan sy masih baru lagi :)
ReplyDeleteassalamualaikum hh...bagus n3 ni pasni boleh la kerap BW...:)
ReplyDeleteAs usual suka baca entry-entry kat sini, walaupun panjang worth reading..tq HH
ReplyDeleteSaya dah faham tujuan blogwalking HH,..terima kasih
ReplyDeletebiasanya blogwalking dilakukan pada hari yang tidak sibuk. masa itulah peluang untuk membaca & memahami apa yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis/blogger & jika perlu tulislah komen tentang entri yang dibaca.
ReplyDeleteHehehe... :) terima kasih kerana ambil manfaat darinya
ReplyDeleteBerusahalah untuk godek-godek ye .. in Sya Allah akan ada yang mungkin menarik untuk dipraktikkan.
ReplyDeleteSama-sama .. :)
ReplyDeletetips yg mntap
ReplyDeleteahaa bagus jgk HH buat entry ni, sy mmg tgh rajin nak bw ni hehe
ReplyDeleteBenar ... waktu inilah paling santai sekali ...
ReplyDeleteTerima kasih .. panjang ke? Errr ok lain kali akan pendekkan .. :)
ReplyDeletewahhhh.... berguna sangat untuk saya yang baru belajar blogging ni... thanks a lot!
ReplyDeletebest sangat! sangat-sangat bermanfaat buat saya
ReplyDeletesaya akan cuba mempraktikkannya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.