As-Salam. Gambar dalam entri memang boleh menarik perhatian pengunjung dan memberikan kesan seronok pada sesebuah entri. Ia mencatikkan cerita yang ada, disamping memberi satu bukti akan kesahihan sesebuah penceritaan dalam blog. Namun, masalah timbul apabila ada yang salah guna gambar dalam blog untuk tujuan nakal. Dan pilihan yang sering dipilih oleh kebanyakkan blogger adalah dengan meletakkan watermarks pada gambar tersebut.
Mungkin pada sesetengah orang ia bukan isu besar tetapi kalau dah menjadi seperti ini - Kalau Dah Dasar Bangsat, Bangsat Juga .... tentu ia bukan lagi satu perkara yang perlu dipandang remeh. Keuntungan diraih oleh orang lain hasil usaha penat lelah kita yang memikirkan cara dan kekreativiti. Jalan mudah untuk orang lain, tetapi yang jerih adalah orang lain.
Watermarks Cacatkan Gambar Dalam Blog
Namun, penggunaan watermarks dikatakan oleh sesetengah blogger sebagai mencacatkan originaliti sesebuah gambar. Visual gambar sebenar jadi terganggu dek kerana adanya watermarks ini. Namun, pada yang lain, mereka katakan inilah cara paling mujarab untuk memastikan gambar itu tidak disalahguna selain memberitahu akan siapa pemilik asal gambar tersebut.
Gambar Tanpa Waterwarks
Watermarks digunakan sebagai salah satu cara untuk melindungi kreativiti si pemilik gambar atau si penangkap gambar (photog). Gambar yang cantik tentu sahaja menjadi perhatian ramai. Ia juga digunakan sebagai salah satu bentuk mempromosikan hasil kreativiti - yang banyak dipraktikkan oleh jurugambar, baik profesional mahupun amatur.
Bagi HH, watermarks masih relevan untuk memastikan gambar-gambar itu diberikan kredit sepatutnya kepada empunya. Namun, sebagai langkah untuk tidak mencacatkan keadaan atau visual gambar sebenar, HH cadangkan agar watermarks diletakkan di kedudukan yang tidak memberikan impak besar pada keadaan gambar tersebut.
Boleh juga dipraktikkan dengan meletakkan watermarks itu dalam keadaan halusinasi atau dalam keadaan kurang jelas. Boleh juga dipraktikkan diletakkan watermarks itu dengan saiz yang kecil agar tidak terlalu menyerlah sehingga mengganggu keseluruhan visual gambar.
Contoh Watermarks Untuk Gambar Dalam Blog
Bagaimana Buat Watermarks
Banyak blog ada tutorial khas untuk buat watermarks ini, malah ada juga blogger yang menyediakan perkhidmatan merekacipta watermarks untuk blogger. Anda boleh cari sendiri dan Google, namun .... untuk memudahkan anda belajar cara letak watermarks untuk gambar, boleh sahaja baca entri rakan blogger HH berikut:
- Buat Watermarks Guna PhotoScape oleh Rien Rose
- Buat Watermarks Mudah dan Simple dengan Adobe Photoshop CS3 oleh OhBudu
- Buat Watermarks Guna Windows Paint oleh Kak Kujie
- Embossed Watermarks Guna Sumo Paint oleh Hatimie
Semoga dapat membantu rakan blogger yang ingin lindungi gambar cun kacak mereka dari kena salah guna oleh mereka yang sangat jahat ..hahahahaha....
Kredit Foto: Fanpage Siti Nurhaliza, Mat Gebu Kacak Pandai Memasak, Fatin Suhana Jelita Berbisnes dan
Kaki Ngail Forum
p.s: Usyarlah blog HH - hasrulphoto.blogspot.com untuk tengok hasil tangkapan lensa .... huhuhuuu...
erk..watermark kak jie paling senang nak buat
ReplyDeleteutk permulaan bagi blogger
tp kak jie guna watermark photoshop
kebanyakkan gambar kt blog adalah milik sendiri,sebab tu letak watermark.
Thanks utk perkongsian ini.. Itulah.. Zam menghadapi perkara yg sama bila nak hasilkan watermark.. Nak buat wm yg meliputi sebahagian besar gambar @ tindih wm di tgh2 gmbr, mcm merosakkan gambar tu.. buat wm yg kecil, letak di sisi tepi gambar, org boleh padam dgn clone stamps atau crops gmbr utk buang wm .. aptb
ReplyDeleteTerbaik! :D
ReplyDeleteMemang dah lama cari tutorial ni. Akhirnya ada juga orang yang sudi berkongsi. Terima kasih banyak-banyak Tuan HH.
Semoga Allah membalas balik jasa Tuan HH dengan memberkati kehidupannya.....
Saya wajibkan setiap gambar saya ada watermarks oleh kerana gmbr2 saya pernah diambil drpd blog saya tanpa kebenaran dan org tu claim sbg gmbr dia. Sejak tu saya mmg xpenah lupa utk letak watermarks utk setiap gmbr saya...baik diblog, Facebook mahupun twitter. Demi untk keselamatan juga sebenarnya
ReplyDeletewatermarks memang wajib kita miliki, setiap gambar yang saya upload dalam blog, saya usahakan kena ada watermark :)
ReplyDeleteutk keselamatan....... manusia nie suka ambil tanpa kebenaran...kalau pic biasa takpe...buat pic yg memalukan...pastu diedit...bahaya juga tu.....
ReplyDeletehehee thnks promote entry rien.. lala~ watermark mmg pnting.. sebab ada sesetengah org ska ambil tnpa kebenaran n menjual hasil tgn org lain.. :)
ReplyDeleteBagi saya tidaklah mencacatkan malah dapat melindungi gambar hasil karya kita daripada digunakan oleh org lain... :)
ReplyDeleteHehehe.. :) ada yang bagi pendpat 'cacatkan' ... jangan terkejut sbb ia dari seorang jurugambar profesional DUNIA
DeleteYup.. saya pun menggunakan photoscape untuk buat watermark.. simple tapi cantik.. :)
ReplyDeleteWatermark ade jer tp tak cun... nak yg mcm mat gebu tu... simple... letak tgh gambar pun tak cacatkan gambar... tp yg x letak sbnrnya sbb malas... hehehe...
ReplyDeleteMalas .. tak leh nak buat apa laaa
Deleteassalamualaikum hh...mmg terbaik...;)
ReplyDeletephotoshop... Dah pernah kena pengalaman buruk bila orang lain ciplak gambar serta artikel, pastu wat macam hak sendiri.. 100% copy..
ReplyDeleteSiti Anirah .. anggap ia sebagai satu sedekah. Tak boleh nak halang dah ...cuma berikan yang terbaik je.
DeleteKebanyakan dlu hmbar2 di blog main letak je watermatk, skrg bila tgk balik alahai teruknya rada..hehee
ReplyDeletenak guna photoshop tak hebat sgt. saya guna photoscape
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian. Nak sangat belajar buat benda ni. Dan terima Kasih bagi link entri yang relevan.
ReplyDeleteSalam ziarah http://lobam.my
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.