As-Salam. Tentu anda telah faham kenapa masa loading sesebuah blog itu penting. Bukan setakat dari segi penilai tahap keberkesanan SEO (Search Engine Optimization) sahaja, malah ia merupakan faktor asas yang akan menjadi faktor penentu untuk seseorang pengunjung terus berada di blog anda atau tidak.
3 saat bernilai sebuah blog adalah jangkamasa paling minima seseorang pengunjung akan membuat keputusan untuk terus baca blog anda, atau memilih untuk pangkah sahaja dan meninggalkan blog anda.
3 Saat Bernilai Sebuah Blog
Perlu pastikan blog anda telah berjaya melepasi 3 saat waktu loading. Paling tidak, entri anda mesti keluar terpapar sebelum saat ketiga berakhir. Untuk itu, anda perlu melihat reka bentuk, dan beberapa kriteria lain untuk membolehkan blog anda punyai masa loading pertama yang tidak terlalu lama. Ingat, 3 saat pertama apabila pengunjung blog ke blog anda, blog anda perlu telah tersedia dengan entri cukup cun meletup untuk dibaca.
Pengiklan Hilang Minat Dengan Blog
Seandainya blog anda tidak berjaya papar entri sebelum 3 saat pertama ini, anda bukan sahaja kehilangan pengunjung yang mungkin menjadi pembaca anda, malah anda akan kehilangan pendapatan hasil trafik blog kerana banyak pengiklan mengambil kira 3 saat pertama ini untuk membolehkan iklan mereka dipaparkan.
Anda tidak akan dibayar seandainya iklan diletakkan tidak keluar.
Saiz Gambar Faktor Blog Lambat Papar
Jika blog anda nampak lambat, perkara pertama yang harus anda perhatikan selain daripada reka bentuk blog anda ialah penggunaan gambar dan foto di dalam entri. Pastikan anda menggunakan saiz gambar atau foto yang sesuai dengan saiz paparan utama anda. Anda boleh lihat di dalam kod html blog anda yang selalunya ditandakan dengan main-wrapper atau post-wrapper.
HH nasihatkan anda ubah saiz gambar yang ingin dimasukkan menggunakan pelbagai editor untuk gambar yang ada termasuklah Photoshop dan Photoscape.
Moga membantu anda menghasilkan blog yang dapat ambil kesempatan 3 saat bernilai sebuah blog.
betul tue. blog fyna berat tak?
ReplyDeleteTerima kasih byk2 utk panduan ni,
ReplyDeletePayah juge nak dapat loading dlm 3 saat. Entri selalunya menggunakan banyak gambar....
ReplyDeletePatut le iklan asik missing.
Thx HH
thanks for info bro...... byk yg nak kena betulkan......
ReplyDeleteTq info
ReplyDeletePeringatan yang baik
ReplyDeletenice info bro
ReplyDeletebagus ni HH.... 3 saat yang amat dan paling bermakna..... especially yang datang dari search traffic.
ReplyDeleteAssalamualaikum hh....yer la takut juga blog lambat loading..tentang saiz gambar tu boleh tak hh buatkan satu n3 tentangnya....mama kurang faham tentang masalah ni...sbb mama suka letak gambar saiz besar takut juga blog mama lambat loading disbbkn itu .....:)
ReplyDeleteYa, kena pandai memanfaatkan 3 saat tersebut agar blog disukai lemak berkrim ...heheehe
ReplyDelete@google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus ... cuba baca entri ini: http://www.hasrulhassan.com/2011/11/panduan-menulis-blog-saiz-gambar-yang.html
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca entri ini
ReplyDeleteMoga blog akan tambah mantap dan perkasa!!
ReplyDeleteBelajar pelan-pelan. Cara paling baik adalah gunakan template dari blogspot iaitu dynamic theme
ReplyDeletebetul-betul,, kalau lambat loading..hati pun malas dah nak tunggu..
ReplyDeletehttp://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.