As-Salam. Salah satu cara untuk menarik pengunjung baru terus membaca entri-entri di dalam blog kita ialah dengan meletakkan widget entri popular. Widget ini boleh diletakkan samada di bahagian tepi blog (sidebar) ataupun di bawah setiap post atau entri blog anda.
Kategori Widget Entri Popular
Ada beberapa kategori atau jenis widget yang memaparkan entri popular ini. Di antaranya ialah entri popular berdasarkan jumlah views atau klik, entri popular berdasarkan jumlah komen mahupun entri popular berdasarkan jumlah LIKE FB. Anda boleh pilih mana yang bersesuaian. Tujuan tetap sama, membolehkan pengunjung melihat entri-entri lain yang mungkin menarik perhatian mereka.
Widget Popular Post Berdasarkan Jumlah Komen
Salah satu widget pilihan HH yang disukai ialah meletakkan widget entri popular berdasarkan jumlah komen yang diterima. Ini agak menarik kerana membuatkan pengunjung ingin tahu mengapa dan kenapa entri tersebut mendapat banyak komentar. Kerana rasa ingin tahu tersebut, kemungkinan untuk pengunjung baru untuk klik adalah besar. HH pernah berikan kod html widget tersebut di entri ini: Papar Entri Popular Berdasarkan Jumlah Komen
Satu lagi ialah dengan meletakkan widget asas popular post yang ada dalam blogspot. Pilihan yang paling HH suka, ialah meletakkan pilihan berdasarkan paparan yang paling banyak views dalam seminggu. Seminggu agak relevan memandangkan ia memaparkan entri-entri terbaru yang paling mendapat perhatian.
3 Variasi Widget Letak Entri Popular
Ada beberapa lagi widget popular post menarik yang telah diubahsuai yang boleh anda cuba untuk diletakkan di dalam blog anda, disamping kaedah dan cara yang telah HH sebutkan di atas. Antara yang menarik ialah widget entri popular dengan thumbnail gambar berserta efek. Contoh boleh dilihat di blog hasrulphoto.blogspot.com seperti ini:
Amat sesuai sekali digunakan untuk blog yang banyak papar imej atau gambar; atau lebih tepat lagi photoblog. Tutorial mengenainya anda boleh dapatkan di blog ini - Customize Popular Post Widget for Blogspot
Mungkin mahu nampak sedikit kelainan dari kebiasaan, boleh juga cuba ubah paparannya dengan kekotak. Popular post dengan kotak ini nampak lebih kemas dan profesional. Tutorial untuk gaya popular post seperti di bawah, boleh anda dapatkan di sini - Attractive Blogger Popular Post Widget
Untuk nampak ia dinamik, mungkin anda boleh mencuba pendekatan meletakkan widget popular post yang bergerak atau rotating popular post widget dalam blog anda. Contoh boleh dilihat seperti di bawah (tapi idak le bergerak ye ...) atau lihat di blog ini - MBT Church Theme
Tutorial untuk membolehkan widget seperti ini diletakkan di dalam blog anda, boleh anda dapatkan di blog ini - Add Rotating Popular Post Widget for Blogspot
Cuma nak nasihatkan kepada anda, penggunaan banyak script (javascript) luar akan menyebabkan blog anda jadi lambat untuk dimuatkan, dan akan jejaskan pendekatan SEO untuk blog anda. Maka, pilihlah mana yang sesuai dengan blog.
Selamat mencuba.
wow..menarik ni....
ReplyDeleteassalamualaikum hh...menarik2 tips ni...;)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteEntri yang bagus dan menarik.
Salam HH,
ReplyDeleteMenarik dgn pupuler entri berdasarkan jumlah komen tu...
Thx sbb bagi link sekali.
thanks for the tips HH
ReplyDeleteTips yg baik
ReplyDeletecantik template HH.. good topic =)
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteterima kasih @google-83d47e0dd74e07e52a1bf555cabc27b8:disqus sebab terus terusan baca tips panduan yang diberikan
ReplyDeleteSama-sama, pilih mana yang sesuai utk paparkan entri popular
ReplyDeleteterima kasih @ismailrich:disqus ... harap dapat beri lebih banyak panduan, tips lain yang boleh bantu blogger lain buat blog terbaik
ReplyDeleteterima kasih .. dah apply kat blog ehh?
ReplyDeleteassalamualaikum hh...belum apply lagi tapi nak buat juga nanti...:)
ReplyDeleteTQ bg tips..da buat kt blog juga
ReplyDeletetips yang menarik.
ReplyDeletebaru je pasang widget popular post yg warna warni tu;)
ReplyDeletecedok ilmu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.