As-Salam. Apa berlaku jika anda tidak mahu lagi berada di dalam dunia blog? Walaupun anda telah buang (delete) blog anda menerusi dashboard blogspot, tetapi apabila anda Google carian nama anda (nama blogger) atau nama blog anda, masih terdapat pautan yang nampak aktif.
Mungkin ramai akan kata, cara paling senang adalah dengan ikuti cara dan
kaedah begini Settings - Basic - Delete blog dalam Blog Tools tetapi
sebenarnya enjin carian masih lagi menyimpan data-data tertentu mengenai
blog anda mahupun entri-entri anda yang bernilai tinggi. Jika anda
gunakan kaedah di atas, anda hanya buangkan dalam pencarian Google Blog Search dan dari dashboard Blogspot, walhal sebenarnya ia masih lagi
'hidup'.
Walaupun apabila klik pautan akan keluar blog not found, tetapi masih ada lagi sisa-sisa pautan blog anda terutama entri-entri yang mesra SEO. Masih ada baki pautan di beberapa carian berkenaan kata kunci tertentu terutama sekali nama blog, nama blogger dan url blog anda.
Jadi, bagaimana nak hilangkan semua itu? Bagaimana anda tidak mahu lagi langsung, kosong sekosong mungkin dalam dunia internet meletakkan nama blog, nama blogger mahupun url blog anda di dalam carian? Ada caranya. Mudah dan in Sya Allah akan berjaya.
Mengapa Penting Padam Blog Secara Total?
Kesempatan sebegini akan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, lalu menggunakan url blog anda untuk kegiatan yang mungkin akan jejaskan anda. Mereka akan menggunakan kaedah yang dinamakan splogs.
Kaedah Padam Blog Secara Total Dari Dunia Maya
Pertama sekali, anda perlu login ke Google Webmaster Tools yang disediakan percuma bagi semua pengguna blogspot. Menerusi Google Webmaster Tools ini, anda boleh lakukan banyak perkara mengenai blog anda termasuklah menghapuskannya daripada wujud di dunia maya secara total!.
Untuk melakukannya, anda boleh klik remove url blog anda. Masukkan url blog anda dengan lengkap selepas anda create a new removal request seperti contoh di bawah ini.
Dah selesai. Anda juga boleh membuang atau hapuskan entri-entri yang boleh jejaskan kredibiliti blog anda menerusinya. Hanya masukkan url entri berkenaan dengan lengkap dan pastikan anda dah buang entri tersebut dalam blog anda. Untuk tahu samada entri tersebut telah dibuang, ia sepatutnya memberikan 404 error.
Hmm .. manalah tahu kot-kot anda sudah tidak berminat lagi dengan dunia blog, dan tidak mahu nampak 'hidup' dalam dunia maya, maka lakukan cara dan kaedah diberikan di atas. Ini penting agar mengelakkan fitnah berterusan berlaku andainya dikau telah tiada dalam dunia blog.
thanks bro.... info yg cukup menarik remy pelajari.....
ReplyDeleteooo..selama ni saya xpernah tau apa fungsi google webmaster tool tu..terima kasih HH
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.