As-Salam. Kasihan pada blogger kecil molek yang memang terkenal di kalangan blogger remaja ni. Mana tidaknya, domain lyssasecret.com telah tidak boleh diakses. Apa yang telah berlaku kepada blog Lyssa Faizureen ini?
Menurut rakan blogger ini - Mamat Anak Sorang ... masalah timbul disebabkan domain yang dimiliki telah tamat tempoh sah di dunia maya ini. Ini menyebabkan blog itu tidak redirect ke hosting dengan nama domain blog tersebut. Atau dengan kata lain, domain lyssasecret.com kini terkapai tanpa tuan punya di dunia maya.
Blog Lyssa Faizureen (LyssaSecret) Berkubur?
Untuk info, sekiranya anda menggunakan nama domain sendiri, anda perlu buat pembayaran renew daftar nama domain anda setahun sekali. Pendaftaran perlu dilakukan dengan pengendali atau pendaftar nama domain blog anda.
Jika anda terlewat atau terlepas buat bayaran, kemungkinan besar anda akan kehilangan nama domain blog anda kepada orang lain. Jadinya, mungkin nanti apabila anda klik lyssasecret.com akan membawa kepada satu laman web lain yang bukan dimiliki oleh Lyssa Faizureen.
Ini adalah tanggungjawab anda sebagai seorang pemilik blog dengan nama domain sendiri, iaitu mesti melakukan renew fee setiap tahun jika mahu terus menggunakan nama domain sediaada.
Dalam kes Lyssa ini, apa yang berlaku ialah nama domain yang dipunyai olehnya didaftarkan oleh pihak ketiga dan bukan oleh Lyssa sendiri. Pihak ketiga itu pula tidak alert mengenai perkara ini walhal setiap kali sampai saat masa nama domain anda nak expired, akan ada satu email pemberitahuan dihantar kepada yang mendaftarkan nama domain tersebut. Dan pembayaran perlu dilakukan kepada syarikat yang mendaftarkan nama domain tersebut.
Agak malang bagi Lyssa kerana dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Apapun, masalah boleh diselesaikan. HH yakin syarikat yang mendaftarkan Lyssasecret.com iaitu NetKL Network boleh lakukan sesuatu.
Blog Lyssa Faizureen (LyssaSeceret) mungkin akan berkubur jika tidak lakukan renew domain fee dengan segera. Walaubagaimanapun, harapan blog ini hidup tetap ada memandangkan nama domain ini dilindungi untuk satu tempoh tertentu (protected domain name), maka ianya mungkin tidak akan diambil atau dibeli oleh orang lain atau syarikat pendaftar lain.
Daripada whois terbaru yang HH dapat, nampaknya blog ini sudah didaftarkan kembali, iaitu tamat tempoh pada Februari tahun 2014. Kemungkinan proses untuk update DNS sedang dilakukan. Anda boleh baca mengenai permasalahan ini di entri ini - Blog Blogspot Domain Sendiri Tak Boleh Akses.
Daripada whois terbaru yang HH dapat, nampaknya blog ini sudah didaftarkan kembali, iaitu tamat tempoh pada Februari tahun 2014. Kemungkinan proses untuk update DNS sedang dilakukan. Anda boleh baca mengenai permasalahan ini di entri ini - Blog Blogspot Domain Sendiri Tak Boleh Akses.
Kepada Lyssa, semoga bersabar dan tenang hadapi masalah ini.
Update: Blog Lyssa Faizureen kini boleh diakses melalui alamat blog yang baru. Nak tahu? Anda boleh rujuk post terkini di sini: http://ow.ly/i497M
Update: Blog Lyssa Faizureen kini boleh diakses melalui alamat blog yang baru. Nak tahu? Anda boleh rujuk post terkini di sini: http://ow.ly/i497M
p.s: Ketahui bagaimana seorang lelaki berjaya mendapat gadis idamannya dalam masa 3 bulan! Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!
kesiannya.... sayang betul..
ReplyDeletepatut sebelum ni nak refer tutorial x dapat.. hope dapat diselamatkan..
ReplyDeletePatutla.. baru ingat nak iklan dekat blog dia.. haha
ReplyDeletehuhu.. so cemana dgn blog lyssa. kesian.
ReplyDeletesemoga dapat diselamatkan...
ReplyDeleteSyg nyer kalau berkubur...
ReplyDeletesemoga blog adik Lyssa dpt diaktifkan semula..
ReplyDeletekesiannya....memg kene daftar sendiri la nampaknya..
ReplyDeletekesian kak lyssa..
ReplyDeletekena buat sendiri lah
ReplyDeletekesiannya blog dah terkenal tu...katanya dah berpindah ke blogspot balik kan
ReplyDeletePayah juga ye HH..
ReplyDeleteSiannye...
ReplyDeleteBlog tu panduan saya cantikkan blog, huhu
Hmm blog-blog baru selalu rujuk blog Lyssa tu
ReplyDeletesekarang semua dah kembali normal, saya dah buat entri mengenainya
ReplyDeleteHmm .. tak mengapa, pengalaman sebegini perlu untuk menjadi seorang blogger sebenar
ReplyDeleteHmm .. seorang blogger seharusnya tahu selok belok dunia blog ini.
ReplyDeletesekarang dah ok balik dah ... @google-c369de68dd7cde833d155677804c18e1:disqus ...tersenyum tu si Lyssa
ReplyDeleteDah ok dah .. alhamdulillah .. ada rakan blogger yang bantu
ReplyDeleteBlog lyssasecret dah kembali ok ..
ReplyDeleteDah ok dah @google-336ed13d783e1f56234cbe644b73a60e:disqus ...
ReplyDeleteiya ke..kasihan, mybe kita tak boleh elakkan ..inikan maya
ReplyDeleteDah ok balik dah
ReplyDeletekesiannya kat lyssa...
ReplyDeleteAbih tuh..kalo blog saya nih mcm mane la pulok...http://ummuaisyahismail.blogspot.com/ ...
ReplyDeleteSaya sedang lihat blog anda, apa yang saya nampak ia permasalahan koding popup welcome mesej tu .. disarankan buang kod html berkenaan dalam blog / widget tu.
ReplyDeleteSaya dah hantar email cara penyelesaian ikut alamat email yang diberikan di sini. Harap maklum.
ReplyDeletePernah terjadi juga pada sy bila berdomain yg sy dpt free dr join GA. Walhalnya, tak perlu join2 GA pun dah bleh dpt domain free tu. Padahnya, banyak GA dan segmen yg sy join, tak boleh view jadi mcm kat atas tu la. Jenuh 1 krja plak nk perbetulkan semua entri yg sy dah buat. Tak sampai sebulan pun...guna domain free tu... Memang sakit ht sgt. Sampai serik dh nk guna domain tu even ditawarkan dgn harga yg murah. Biarlah berdomain yg asal je dulu wat ms ni. Ada masyuk nanti, insha allah berdomain berbayar pula. Maaf, meluah rasa plak kat sini. hehe... Entri tentang tu ada dalam ni http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/malware-atau-hackers-penyebabnya.html
ReplyDeleteThanks bagi link Mamat yg mmg glamer tu, sy dh masukkan dlm komuniti group sy spy jd pedoman spjg hidup buat blogger terutamanya sy yg dh terkena. haha thanks sifu ^_^
ReplyDeleteMasih bisa kok, harus di tambah www. didepan lamat situsnya. Itu cuma masalah pengaturan redirect saja..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.