As-Salam. Kekesalan blogger Malaysia memang berlaku. Ia berlaku hampir sepanjang masa. Cuma mungkin anda dan HH sendiri tak berapa nak sedar, memandangkan kita tak berada di dalam keadaan serta persekitaran tersebut. Sepanjang HH berblog sejak 2008, sudah beberapa orang blogger yang merasa kesal menjadi blogger. Kesal lalu tutup blog.

Kekesalan tidak akan berlaku andai kita sesama blogger saling hormat menghormati dan saling bantu untuk menaikkan blog masing-masing. Tak rugi andai memberikan bakti ni. Cuma mungkin ada yang bernasib baik, blog mereka lebih terlebih dahulu dikenali ramai.

Kesal lalu tutup blog. Sedih. Itu hak masing-masing untuk membuat keputusan.

Memang perit dan sakit apabila terpaksa melalui saat di mana ada yang tak berapa nak menyokong minat anda dalam dunia penulisan blog ini. Namun, dalam setandan pisang tak semuanya akan busuk, dan tak semuanya akan jadi pisang yang boleh dimakan.

Kekesalan blogger Malaysia bukan berlaku tanpa sebab. Ada pemangkin yang membuatkan seseorang blogger itu tetiba merasa kesal tentang apa diceritakan menerusi blog mereka. Bagi yang tak kuat, maka jadilah blog bersawang dan usang - akhirnya semangat tiada dan tutup blog.

Buat rakan blogger semua, jangan sesal akan apa yang telah anda berikan dalam dunia blog. Mungkin ada segelintir yang tak mahu mengerti, mungkin ada sebahagian yang tak pandai nak menghargai, mungkin mereka cemburu dengan apa yang anda capai. Apapun duri yang menusuk, jadikan ia sebagai satu benda positif untuk anda terus memberikan yang terbaik untuk blog anda.

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah rasa macam tu.. tapi bila kaji balik, khatam blog2 otai, rasa kembali bersemangat nak terus berblog..InsyaAllah akan dijadikan sebagai hobi sepanjang masa.. :)

    ReplyDelete
  2. betul bro...kekadang kesal jugak.... bila sometimes...blog kita tak dihargai....... dan ada yg memperlekehkannya....... tapi selagi ada semangat.... kita teruskan...tapi tak tahu sampai bila.......

    ReplyDelete
  3. Aj belum penah rasa sesal dalam berblog walaupun ada moment yang tak berapa nak indah....
    Alhamdulillah......
    Harapnya AJ tak akan ada perasaan kekal dalam berblog ni... =D

    ReplyDelete
  4. perlu bijak jika berkata2 , beri komen, dan sebagainya

    ReplyDelete
  5. betoi2..iman ada gak nk niat dulu nk tutup tapi laz2 xtutup.iman xnk pikir bukan2 pikir bila xd rezeki je

    ReplyDelete
  6. Saya xpernah kesal tapi sentiasa usaha untuk kongsi ceritera yang menarik sedaya yang saya mampu.

    ReplyDelete
  7. baca entri ni macam tau² je aku dalam keadaan kesal bro..hari ni tak tau la mana silapnya..rasa sedih, terkilan dalam dunia blogging..tak sangka ada blogger sanggup..tak pa la..semuanya dah selesai..cuma semangat masih kurang..

    ReplyDelete
  8. saya pun dah berblog sejak tahun 2007 tapi banyak kali x update dlm masa yg agak lama hampir2 nak tinggalkn berblog tp 2 thun ini kembali smula...moga istiqomah

    ReplyDelete
  9. terima kasih HH. carl meminta izin untuk copy. alhamdulillah carl kembali bersemangat lepas baca ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement