As-Salam. Blogwalking adalah kaedah paling mujarab untuk perkenalkan diri dan blog dengan rakan blogger lain. Ia satu proses yang lama tetapi berbaloi. Blogwalking adalah satu-satunya cara yang digalakkan oleh blogger terkenal, Redmummy (RM) untuk perkenalkan blog dan menjadikan blog ramai pengikut. RM pernah beritahu tips ini di dalam videonya satu ketika dahulu.
Namun, blogwalking sekarang dah tak macam dulu. Dulu, blogwalking lebih mesra .... lebih intim. Itulah sebab ramai blogger lama boleh bina network sesama sendiri ..... errrkkkk kecuali HH lah sebab malu-malu kucing siam. Blogwalking zaman sekarang, era Twitter dan Instagram ini lebih kepada .... singgah dan komen yang ada iras-iras SPAM.
10 Panduan Bila Nak Blogwalking
Kali ini, HH nak kongsikan mengenai cara dan kaedah blogwalking yang sesuai. Tapi, bukan bertujuan untuk anda menambahkan kenalan blogger, atau memperluaskan jaringan (network) blog anda. Ia sesuatu yang agak lain. Sesuatu yang perlu blogwalker berhati-hati. Panduan kali ini titik-beratkan soal keselamatan dan keselesaan anda.
- Lakukan blogwalking di malam hari, di waktu keadaan internet agak laju. Ini adalah kerana anda tidak pasti bila anda akan sampai ke satu blog yang sampai lambat untuk load. Ia juga bantu untuk anda blogwalking secara berjujukan dan secara selari (macam add math lak) - anda buka banyak tab untuk buka blog-blog.
- Pastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan mute atau tidak dipasang speaker atau suara. Ini untuk mengelakkan anda dari terkejut beruk di malam hari apabila tersinggah pada blog yang pasang lagu rock keras. Ia juga bagi elakkan mak jiran sebelah datang tengah malam ketuk pintu suruh tutup radio.
- Pastikan anda sudah login ke dalam akaun Google anda. Ia untuk memudahkan anda jadi pengikut blog-blog yang anda blogwalking.
- Pastikan anda update antivirus anda terlebih dahulu sebelum buat aktiviti ini. Ini adalah bagi membolehkan antivirus anda mengesan blog-blog yang mungkin boleh ancam komputer anda.
- Andai anda ada join segmen, blogwalking dulu blog-blog yang ambil bahagian dalam segmen ini. Pastikan dah habis sebuah segmen barulah blogwalking yang lain. Ini adalah kerana segmen memerlukan tindakan awal dari anda jika nak dibandingkan dengan lain. Ia juga bagi menjadikan anda lebih pantas untuk promosikan blog anda.
- Jangan main klik nama blog. Tengok dulu nama blog terutama url blog tersebut. Silap-silap nanti, anda tersinggah pula pada blog yang buat cerita lucah atau dok promosi DVD lucah. Kalau blogwalking sorang-sorang tak mengapa, kang tetiba mak pak lalu belakang atau adik ke ... terpandang apa yang anda tengok di skrin komputer... tak ke naya?
- Untuk buat blogwalking secara berjujukan atau selari, pastikan anda hadkan jumlah tab atau jumlah blog nak dibuka satu-satu masa, takut nanti komputer atau laptop anda tergantung tak boleh buat apa-apa. Ini adalah kerana ada kemungkinan blog-blog yang punyai saiz kandungan besar akan memakan memori komputer anda dan menyebabkan ia lambat nak proses arahan.
- Blogwalking hanya ketika anda tidak sibuk. Kalau dah sibuk nak juga blogwalking, apa yang sebenarnya anda buat ialah hanya klik pada blog, tinggalkan komen dua patah lepas tu beredar. Anda sebenarnya terlepas peluang untuk bina jenama blog anda secara baik.
- Aktifkan juga akaun Facebook atau Twitter anda ketika blogwalking. Ini untuk memudahkan anda untuk Google+, Tweet dan juga Like entri-entri yang menarik. Alang-alang dah blogwalking tu, cuba anda hulurkan salam perkenalan lebih mesra dengan Like Page, jadi pengikut atau +1 pada entri-entri yang menarik. Ini akan membuatkan kunjungan anda lebih dihargai oleh pemilik blog.
- Pastikan anda tidak tinggalkan komen serupa pada entri yang sama apabila blogwalking. Ada blogger yang gemar blogwalking menerusi segmen dan tinggalkan jejak, tetapi tidak sedar bahawa sebelum ini dia dah pun tinggalkan jejak. Sila baca komen-komen sebelum ini dan pastikan anda tidak terkantoi .... hehehe..
Ok dah. Itu adalah antara panduan bila nak blogwalking. Ada banyak lagi, yang sebelum ini pun HH pernah tampilkan. Antaranya Blogwalking Terpilih Kukuhkan Jenama Blog
Semoga bantu anda untuk blogwalking dengan berhati-hati dan berhemah.
Ohh..terima kasih atas tips ini.. Boleh lah di pratikkan. Biasanya kalau join segmen, blogwalking. Ayatnya sentiasa sama di semua blog. Copy paste. hehe.
BalasPadamorang sekarang blogwalking. lebih kepada tinggal jejak jer. bacanya idak. and nak2 lagi bila kita dah letak kat atas form komen yang depa tak bleh letak link dalam body komen. tapi depa ni dungu piang, tak reti baca kot.
BalasPadamterbaik.. panduan yang boleh diamalkan.. tq HH
BalasPadamSekarang ni mmg waktu malam je sempat berblogwalking...nak baca entri satu per satu...siang kekurangan masa...heee~
BalasPadamCukup pantang kalau Blogspot kena login.
BalasPadamsangat membantu...thanx a lot....especially yang join segment first tu...=D
BalasPadamPanduan ni sangat membantu blogger setahun jagung macam AJ ni......
BalasPadamLagi 1, jangan kata anda blogwalking tapi tinggal komen yang takde kena mengena dengan entri...
Nampak sangat singgah tapi tak baca entri... =D
I'm a new blogger ;) & now memang gigih yang no. 5 tu.hehe..Yang no. 1 tu plak compem tak boleh...haha..banyak tangan menagacau
BalasPadamThanks for the tips. Tapi bagi saya comment tu biarlah ikhlas.. bukan takat nak iklankan blog sendiri saja... anyways, sharing is caring. :)
BalasPadamhihi suke2, kebykan tips ni sy dh aplikasikan, cuma mgkn ade yg perlu diperbaiki lg.. hehe tersengih2 bc huraian HH. haha amaran, jgn kantoi :P
BalasPadamThanks for the tips HH..saya akan implement tips2 ni
BalasPadamHmmm itu dah jadi perkara normal dah. Saya kalau boleh cuba elakkan, walaupun ada ayat copy paste, sedaya upaya titipkan personal touch dalam komen.
BalasPadamHahahaa.. tau tak apa @twitter-360582192:disqus ... :P
BalasPadamIklankan blog tak mengapa, jangan iklan benda niaga sebb ia untungkan sebelah pihak sahaja.
BalasPadamHmmm .... saya sarankan anda pilih beberapa blog untuk anda secara konsisten tinggalkan komen. Bina integriti dan jenama menerusi blog tersebut.
BalasPadamthanks 4 this info ... tp x pernah berkesempatan nak bw waktu malam, huhu!
BalasPadamSama-sama @facebook-100000519184264:disqus ...
BalasPadamUhh @sembang_cyber:disqus marah betul ehh .. sabo bro .. hehehehe... adat dunia blogging ...
BalasPadamTerima kasih... =D
BalasPadamBerguna sangat saranan ni HH.,... =D
tq 4 info..Tengah merajinkan blogwalking sekarang..
BalasPadamDan memang tghmalam masa yg terbaik untuk aktiviti blogwalking..
setuju dengan tips no2...hahhaa,,kena siap2 sebelum terkena... :P http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
BalasPadamTerima kasih HH..mmg mantap tips ni..
BalasPadamBaru je buat entri tentang tu semalam di http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/blogging-dan-blogwalking.html dan pagi tadi buat entri ni http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/cara-saya-blogwalking.html. Hari ni terjumpa panduan ni. Sy seperti biasa, bookmark dan takcukup dgn bookmar, sy letak di sidebar sy under title 'BLOG TUTORIAL, JOM BACA!!'. Terima kasih SIFU ^_^
BalasPadamidok ler marah..biasa2 saja.
BalasPadamYa, bukan semua orang ada masa yang 'cukup' untuk buat aktiviti ini.
BalasPadamTerima kasih kerana kesudian baca, dan terima kasih kerana iktiraf apa yang dikongsikan.
BalasPadamHMm ... jadi lebih baik login siap2 ... :)
BalasPadam@pinkvelvet:disqus terima kasih kerana sudi baca blog ini.
BalasPadam:) elok tu, dan jangan lupa memberikan komen yang membina
BalasPadamHmm .. saya buat pun sbb terkena .. :) dah lama nak buat, tapi baru ini mendapat idea yang baik untuk tulis penuh.
BalasPadamTerima kasih kerana anda menyukainya, dan harap dipraktikkan untuk memantapkan diri sebagai seorang blogger.
BalasPadamRasa 10 tip di atas sudah drp cukup untuk blogwalking ke mana-mana entri/blog. Pasti tiada masaalah annti yg timbul.
BalasPadamTapi saya pasti ada blogger lain yang mungkin ada idea-idea fresh yang boleh dikongsikan.
BalasPadamassalamualaikum hh...tips2 yang menarik ni...:)
BalasPadambaru nak belajar2 berblogwalking.. info yg sgt berguna. tq
BalasPadamterima kasih atas info yang berguna sesangat nie..saya baru nak ber blog banyak lagi yang nak kena belajar..:)
BalasPadamterima kasih for tips... Nice tips
BalasPadamterima kasih sbb sgt berguna untuk new blogger cam saya!!..
BalasPadamAda panduan rupanya untuk blogwalking ni.. Saya main terjah je.. Hahaha.. Pasni harus bersopan-santun sebelum ke rumah orang.. Kikiki
BalasPadamSelama ini saya ingatkan blogwalking tu hanya masuk blog orang lain dan baca sahaja. hehehe. Thanks for the tips. Much appreciated.
BalasPadamterima kasih atas info yang sgt berguna.. baru nak blaja2 tentang blogwalking ni..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.