As-Salam. Secara amnya, laman sosial Facebook bukanlah rangkaian sosial pertama yang wujud tetapi ia adalah salah satu yang paling popular. Terdapat banyak rangkaian sosial lain sebelum Facebook seperti Friendster dan juga MySpace. Walaupun sesetengah daripada laman sosial ini telah popular pada satu ketika dahulu, tetapi tiada di antaranya dapat mencapai kepopularitian Facebook.

Ciri paling menarik yang ada dalam Facebook ini ialah ia dapat mengekalkan dan menjaga perhubungan dengan rakan-rakan anda, dan kini Facebook telah digunakan dengan meluas untuk tujuan perniagaan. Anda boleh menggunakannya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda, dan juga untuk memperoleh pelanggan baru, atau untuk menjana trafik ke laman web niaga mahupun blog.

Seperti Twitter, Facebook adalah hanya salah satu daripada banyak cara untuk mendapatkan trafik ke blog. Facebook boleh menjadi penyumbang yang memberikan keajaiban trafik kepada blog. Namun, HH akui bukan semua orang boleh menggunakannya untuk mendapatkan trafik beribu-ribu seperti yang HH pernah tunjukkan sebelum ini.

Mungkin ada yang mencuba jana trafik blog melalui Facebook, tetapi tidak berjaya. Mungkin, ada yang pernah mencuba, tetapi trafik hanya seketika. Ia tidak konsisten dan kadangkala seperti anda melakukan satu kerja yang sia-sia.

Berlainan seperti Twitter, yang sangat ringkas, Facebook menawarkan lebih banyak kemungkinan buat anda mempromosikan blog dan seterusnya menerima trafik ke blog hanya dengan berkongsi entri-entri tertentu. Anda mungkin perlu menghabiskan masa anda untuk meneroka segala kemungkinan tersebut. Ini adalah kerana apa yang ada di laman sosial Facebook adalah tidak terbatas, tambahan lagi dengan beberapa aplikasi tertentu (luaran) yang membantu menjana trafik ke blog secara automatik.

Tips Mendapat Trafik Blog Menerusi Facebook




Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba untuk membantu anda menghidupkan Facebook menjadi satu sumber trafik ribu-ribuan ke blog..... amacam ..excited tak?

5 Tips dan Panduan Blog Terima Trafik Menerusi Facebook

Pastikan Profil Facebook Menarik

Seperti dengan Twitter dan mana-mana rangkaian sosial lain, jika anda tidak membuat profil anda menarik, anda tidak akan menjadi popular. Beri maklumat latar belakang yang cukup mengenai diri anda. Pastikan bentuk profil anda menjenamakan blog anda. Dan jangan lupa untuk memastikan setting profil anda adalah Public, agar ia boleh memberikan lebih banyak peluang untuk diketengahkan. Mungkin ada dikalangan pengguna Facebook yang ingin mengenali anda, dan seterusnya menjadi penyokong kepada apa yang anda lakukan - terutama menulis blog.

Jenama Blog Perlu Wujud Dalam Profil

Ketengahkan blog anda menerusi profil anda. Jadikan ia latar pada penampilan Facebook. Masukkan gambar-gambar menarik mengenai blog anda. Kongsikan sesuatu yang menarik yang hanya terdapat di blog anda menerusi profil yang telah anda buat. Jika anda ada video tertentu, boleh sahaja anda kongsikan bagi merujuk ke blog anda. Contohnya: Video Pakai Tudung Dengan Betul. Semua ini dilakukan bagi menarik minat pengunjung umum (public viewer) menerusi profil Facebook anda.

Bina Rangkaian atau Jaringan Rakan

Dah nama pun rangkaian laman sosial, maka seharusnya anda membina rangkaian dan jaringan rakan dengan minat yang sama - dalam soal ini, blog sebagai motif utama. Bina persahabatan dengan rakan-rakan blogger anda. Buat permulaan, mungkin anda perlukan sokongan dari mereka yang anda kenal, kemudian mencari rakan yang punyai minat yang sama. Jangan teragak untuk tambah (add) rakan Facebook yang juga blogger. Namun, diingatkan pantang utama bila ajak orang lain untuk jadi rakan blogger anda - jangan mendesak atau dengan bahasa omputih - dont pe pussy .. ehhh pushy ...


Kemaskini Atau Kongsi Sesuatu Secara Kerap

Bukan terlalu kerap sehingga menyemakkan dinding orang lain. Cuma pastikan setiap hari ada sesuatu yang anda kongsikan di Facebook anda. Jika tiada orang menjenguk apa yang anda tulis atau profil Facebook anda, maka jangan haraplah mereka akan melihat perkara-perkara yang ada di dalam blog anda. Kongsikan sesuatu yang datang dari blog anda supaya mereka merasa tertarik. Atau dengan kata mudah, anda buat sneak preview di dinding Facebook, yang menjadikan mereka mahu klik ke pautan yang menjurus ke blog.

Aktif Bersama Rakan Blogger Lain di Facebook

Sesuatu yang HH nampak ialah, kebarangkalian untuk profil anda dilihat oleh orang lain yang seterusnya mahu add as friend adalah apabila anda secara aktif terlibat di dalam perbincangan dengan blogger lain. Anda boleh memberikan komen yang ada kaitan dengan jenama blog anda, seperti contoh; HH suka menyelit kepada blogger yang hadapi masalah dengan blog, lalu memberikan komen dan pendapat yang menarik minat mereka untuk tahu ... who is the hell is Hasrul Hassan II ini. Jadi, dengan lengkap profil yang ada jenama blog anda, maka mereka tahulah .. ohh mamat perut besar ni penulis blog Panduan Blogger.

Ok. Jelas. Ini merupakan sebahagian tips mendapat trafik blog menerusi Facebook yang dapat HH kongsikan. Dah lenguh jari ni, dan mungkin anda pun dah pinar mata baca satu persatu. Tunggu entri seterusnya untuk dapatkan tips lagi mengenai mendapat trafik blog menerusi Facebook.

Tak mahu ketinggalan, pastikan anda langgan RSS blog ini dengan klik pautan berikut: Langgani Panduan Blogger.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yg sangat bermanfaat.. Terima kasih HH

    ReplyDelete
  2. Tips baik ni...
    Ramai tahu FB sebagai pemangkin prpmosi blog tapi kurang faham caranya...Thanks

    ReplyDelete
  3. salam..terima kasih. tips yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  4. tips lama jugak, tapi bagus sgt2 utk newbie.


    lg satu, kalo ada grup blogger yg amat belambak kat fb, join gitu je, tp takbleh bagi spam kat situ

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...menarik juga apa yg hh katakan ini...:)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih @google-c369de68dd7cde833d155677804c18e1:disqus

    ReplyDelete
  7. Hmm group dah terlalu banyak ... sampai membahayakan

    ReplyDelete
  8. Satu tips yang menarik.. Facebook memang banyak berguna kepada semua blogger..

    ReplyDelete
  9. JIka pandai dan bijak manfaatkannya memang boommm .. tapi ada juga blogger yang masih garu kepala nak tarik trafik dari FB

    ReplyDelete
  10. Tips ni berguna sebenarnya tapi jujur cakap saya kurang manfaatkan kelebihan Facebook..hehe

    ReplyDelete
  11. Tak mengapa, Facebook hanya salah satu cara ... ada banyak cara lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement