As-Salam. Andai anda seorang blogger yang sudah ada blog sejak 2010, anda mungkin berinisiatif membuat blog dek kerana teruja dengan anggapan bahawa blog boleh buat duit dengan mudah. Yelah, mana tidak teruja bila melihat ada blogger mendapat cek Nuffnang sehingga RM7,960.86! Banyak tu .... boleh buat bayaran muka untuk sebuah kereta mahupun bayar duit peguam untuk pembelian rumah pertama.
Tapi, situasi itu nampaknya makin lama makin berubah apabila ramai blogger terutama blogger remaja membuat blog untuk diri lebih dikenali atau dengan kata lain mahu menjadi glamor dalam dunia blog.
Blogger remaja lebih teruja apabila nama mereka dikenali sebagai blogger cun, kacak, comel, dikenali dengan ramainya pengikut di dalam blog mereka. Mereka sangat mahu perhatian seperti ini, bagi menampakkan diri mereka punyai tempat dalam dunia blog Malaysia. Makin teruja apabila blog mendapat tempat di dalam arus perdana, masuk dalam majalah, masuk dalam akhbar, masuk dalam TV dan sebagainya.
Blog masuk majalah. Sanggup pergi beli majalah tu yang sebelum ini tak pernah tau wujud.
Kecenderungan akbar dan majalah; terutama berkaitan remaja memaparkan blog pilihan membuatkan ramai blogger remaja mula memasang harapan untuk tampil di ruangan yang sama. Mereka mahu, blog dan wajah kacak, jelita, cun comel mereka dipaparkan dalam majalah. Mereka teringin meraih glamour dengan cara ini. Mereka mahu dikenali ramai.
Tidak salah. Tetapi HH risau dengan kecenderungan seperti ini, akan banyak blog bernilai tinggi tidak mendapat tempat sepatutnya. Lebih ramai blogger remaja akan ketepikan soal memberikan pengisian terbaik buat blog.
Erkk .. HH jeles? Oh tidak. Jauh dalam pemikiran. Buat apa nak jeles, walhal satu ketika dahulu pernah diberikan ruang dalam sebuah majalah. Kecil. Tanpa wajah. Hanya nama blog dipapar.
Glamor? Tak ada sebarang kesan pun pada blog. Keluar majalah tak bermakna blog akan terima ramai pengunjung. Terpapar dalam akhbar tidak akan menjadikan bilangan pengikut bertambah secara realistik.
Namun, HH tidak nafikan ia satu perkara yang bagus untuk penjenamaan blog. Dan ia boleh dijadikan satu kayu pengukur bahawa blog dihargai, bukan sebab wajah kacak, cun comel yang dipaparkan tetapi kerana pengisian blog yang boleh dicontohi oleh blogger lain, dan boleh dijadikan sumber rujukan dan bacaan oleh mereka yang mahu.
Blogger remaja gila glamour adalah kerana mereka tidak mengetahui hakikat bahawa tiada istimewanya sangat menjadi blogger dikenali menerusi majalah atau akhbar. Ia seperti anda bersendawa durian, baunya hangit sekejap, kemudiannya hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Dan serius, jarang sangat nampak blogger yang bukan kategori remaja masuk majalah. Hmm .... kecuali blogger ini, yang memang hebat - sebuah contoh blog yang ada tarikan pengisian menarik - Eqbalzack.com
p.s: Andai terguris, harap maaf, sekadar berkongsi pendapat yang mungkin tidak dipersetujui.
Lambat lagi la kot kalau sampai nak masuk majalah...
ReplyDeletetrending blogging sentiasa berubah-ubah...
ReplyDeleteda jadi trend..nak jugakla masuk majalah :P
ReplyDeletePedas... =D
ReplyDeleteRamai macam tu HH.....
Blog kuantiti bukan kualiti...
Mau dikenali tapi isi blog hampeh.....
teguran yg cukup membina bagi saya.. memang menusuk tapi cukup berguna sekali terutamanya utk remaja2 macam saya :)
ReplyDeleteblog abg eqbal memang best... lagipun beliau adalah salah satu contoh pelajar terbaik..
ReplyDeletetak nak masuk majalah..
ReplyDeletenak masuk TV terus. hahaha
saya suka beberapa blog yang banyak bagi saya panduan dalam berblogging..tp saya buat blog bukan untuk glamor tetapi kerana minat menulis
ReplyDeletetak pernah masuk majalah lagi... huhuhuh
ReplyDeletekalau menulis blog utk Duit.. maka isi blog tu lebih kepada kejar traffic dgn entri2 yg SEO katanya.. kalau kejar glemer.. pacak muka comel banyak padahal entri cuma Wordless yg takde pekdah..(bukan semua entri Wordless tu sampah yer sesetengah jer).. kalau tulis blog memang sebab minat.. dia akan menulis dengan bersungguh2 tentang apa dia suka, minat & tahu.. :D
ReplyDeleteHmmm satu penerangan dan pendapat yang 100 peratus saya angguk. Dah lama saya tak jenguk blog lekatlekit ni ... :)
ReplyDeleteHmm tak apa, nanti saya email editor berkenaan .. heheheh
ReplyDeleteBoleh je ... ramai je blogger masuk TV, ada banyak cara. :)
ReplyDeleteTusuk sembilu boleh dikeluarkan, lama2 akan baik dan tak rasa apa2 .. :)
ReplyDeleteBukan pernah masuk ke???
ReplyDeleteBila? Tak pernah pun rasenye..
ReplyDeletememg ramai je yg promotediri sendiri...ermmm
ReplyDeleteassalamualaikum hh...blog yg menarik pasti akan ramai yg datang ke situ dan sudah pasti akan menaikkan lagi trafik blog itu...:)
ReplyDeleterasanya skang mmg trend org kejar glmor..
ReplyDeletebkn stakat melalui blog tp juga youtube..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.