As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, apakah itu perkataan umpan? Ini adalah gara-gara pendedahan 3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial yang telah HH terbitkan sebelum ini. Dalam entri sebelum ini, HH ada kata - gunakan perkataan umpan, seperti contoh Teknik, Panduan, Rahsia, Tips, Trick, Pembongkaran dan seumpamanya. Ada yang tak berapa faham apa itu perkataan umpan.

Sebenarnya, perkataan-perkataan yang telah HH sebutkan di atas ada tarikan sendiri. Kadangkala orang tidak melihat keseluruhan ayat, tetapi lebih kepada sesuatu perkataan itu yang membuatkan dia ada rasa ingin tahu.

Cuba anda lihat kat pasaraya, terutama sekali apabila ada tawaran tertentu. Pihak pasaraya akan naikkan banner bukan? Dan lihat ayat-ayat yang digunakan, mesti ada perkataan umpan. Ok ... tak jelas? HH berikan satu contoh kepada anda.

Perhatikan iklan berikut.

Contoh Penggunaan Kata Umpan Dalam Iklan



Apa yang nampak paling menarik dan mengujakan? Bukan MamyPoko, bukan juga Exchange Pants tetapi FREE ... iaitu percuma. Siapa yang tidak mahu benda percuma bukan? Inilah dia perkataan umpan. Perkataan ini ada daya tarikan untuk orang ramai paling tidak pergi ke tempat tersebut untuk melihat..... walaupun mereka tak menggunakan jenama tersebut. Malah, akan ada orang akan sanggup melakukan apa yang diminta hanya untuk mendapatkan apa yang dikatakan percuma itu. Faham kan?

Jadi, begitulah halnya dengan blog, jika mahu menarik pengunjung, gunakan perkataan umpanan ini supaya akan timbul rasa ingin tahu yang membuak-buak. Mereka mungkin tidak membaca secara keseluruhan entri anda, tetapi yang pasti trafik akan dapat dijana dengan mudah dan berkesan.

Memandangkan mood ada baik ini hari, jadi HH kongsikan seberapa banyak yang boleh perkataan umpan yang boleh anda guna-pakai bagi menjadi sebahagian dari tajuk entri anda.

13 Perkataan Umpan Terbaik Meningkatkan Trafik Blog

  • Percuma
  • Rahsia
  • Bongkar
  • Teknik
  • Taktik
  • Terkini
  • Hot
  • Terbaru
  • Panduan
  • Terbaik
  • Tips
  • Petua
  • Dedah

Gunakan teknik perkataan umpan ini untuk menghasilkan ayat umpan yang benar-benar ada tarikan. Anda tidak akan berjaya jika hanya guna perkataan ini tanpa menyesuaikan dengan perkataan lain yang menjadi tajuk entri blog anda.

Dah siap entri, jangan lupa kongsikan menerusi laman sosial yang anda miliki. Jika di Facebook, cuba guna teknik yang pernah HH beritahu iaitu targeting your audience yang benar-benar mahu baca akan apa yang anda kongsikan.

Selamat mencuba.

p.s: Terima kasih kepada +Nur Aza Shake yang bertanya

24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yeah saya pun dah terkena umpan :)

    ReplyDelete
  2. ohh..dayah nak cuba lah.. :) thanks share ilmu :D

    ReplyDelete
  3. sy selalu guna perkataan terkini...dan slalu mendapat hits yg banyak dgn tips ni..tq HH

    ReplyDelete
  4. Haha, funny but true...selalu terkena umpanan ni...

    ReplyDelete
  5. wah... umpan terbaik neh untuk menarik pembaca
    tapi biarlah isinya bermakna dan bukan sekadar umpan semata-mata... kan?

    ReplyDelete
  6. I feel like a fool. Saya terkena umpan title artikel ini :)
    But very good reading.

    ReplyDelete
  7. Ooo.. begitu rupanya, ada main umpan di situ. Hehe, pancing undi. :D

    ReplyDelete
  8. Fahmi mohd razariMay 1, 2013 at 12:24 PM

    menarik ni

    ReplyDelete
  9. Lihat sahaja keyword yang digunakan 'bold', warna 'merah' dan saiz besar supaya tumpuan kepada keyword tersebut.

    ReplyDelete
  10. nice tip bro....

    ReplyDelete
  11. menarik ni..saya akan cuba guna tips ni nanti ye

    ReplyDelete
  12. first impression akan nmpk free,,haha terbaik!

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum hh...menarik info ini...boleh dipraktikkan selalu...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Mas .. yer, memang elok dipraktikkan tetapi jangan sampai sasar ... Tajuk gempak, isi juga kenalah gempak juga.

      Delete
  14. Thnx for info yang best!!
    kalau untuk contest nak letak ayat ape ye??

    jemput join 1st contest dr saye!! <3

    http://sweetdyba.blogspot.com/2013/05/contest-saya-comel.html

    ReplyDelete
  15. tajuk entri ni pun dah umpannnnnnnnn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) hehehe.. tajuk entri ni pun dah mengumpan ye ..

      Delete
  16. Replies
    1. Terima kasih, semoga dapat digunakan ilmu yang ada ini dengan sebaiknya.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement