As-Salam. Memang susah dan sukar sekarang ini untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kadangkala, penat je kita kongsi dan ping entri blog di laman sosial... kan kan? Ada masa terasa seperti buang masa lak buat kerja sebegitu sedangkan hasilnya tak begitu bagus.

Ok. Kali ini HH nak kongsikan satu petua yang mudah untuk anda umpan rakan-rakan Facebook klik pautan entri atau permalink yang anda kongsi menerusi laman Facebook. Ia nampak mudah sebab anda hanya perlu kongsi pada dinding Facebook kepunyaan anda sahaja. Tak perlu nak pergi ke satu-satu group atau pergi ke mana-mana Facebook page. Tapi kalau nak lagi banyak trafik, tak salah pun cuba buat .. hehehehe

Adakah teknik yang dikongsikan ini berjaya? Meh HH beri sedikit 'madu' teknik ini:

3 Teknik Umpan Pengunjung Laman Sosial
Dengan statistik yang HH kongsikan di atas, maka terbuktilah ia satu teknik yang boleh dijadikan salah satu cara untuk blog anda menerima trafik. Tak banyak, sikit pasti dapat ... paling tidak kalau kena cara boleh dapat sehingga hampir 90K .... best tak?

Dengan teknik inilah, blog Panduan Blogger ini sudah berjaya mencapai ranking trafik Alexa bawah 300 di Malaysia.

3 Teknik Blog Trafik Tinggi

3 Teknik Umpan Pengunjung dari Laman Sosial

  1. Guna Perkataan Umpan

    • Apa itu perkataan umpan? Perkataan umpan ni termasuklah - Tips, Rahsia, Petua, Panduan, Trick, Trik, Pembongkaran dan sudah tentu sekali Teknik. Betul tak? Anda baca entri ini disebabkan oleh perkataan teknik yang digunakan? Inilah dia perkataan umpan.
  2. Guna Ayat Umpan

    • Dah ada perkataan, nak lagi umppphhh ...gunakan pula teknik ayat umpan. Ayat umpan ini seperti ini - 3 Tips Mendapatkan Ranking Alexa Bawah 300 atau 2 Tips Untuk Buat Pulut Panggang Lembut atau 5 Cara Pikat Gadis Bertudung Labuh.
  3. Guna Nombor

    • Seperti contoh di atas, bilangan nombor itu sedikit sebanyak buat orang ingin tahu lebih lanjut. Dari pengalaman HH, nombor lebih kecil lebih baik, sebab orang tidak mahu baca tips yang terlalu banyak dalam satu-satu masa. Jadi angka boleh jadi umpan berkesan untuk mendapatkan trafik ke blog. 

Teknik seterusnya ialah bagaimana mahu dapatkan trafik guna teknik di atas hanya dengan buat posting atau kongsi entri hanya di dinding Facebook anda sahaja. Teknik ini akan HH kongsikan kemudian, nanti banyak sangat input untuk satu entri, muntah darah pula.

Dengan tajuk entri yang mengumpan ini, akan buatkan orang yang baca tertanya-tanya, lalu akan klik pada setiap permalink atau url yang anda kongsikan di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Banyak lagi rahsia, trik yang HH kongsikan kepada anda bagi mendapatkan trafik tinggi ke blog. Sudi-sudikan diri untuk LIKE fanpage blog ini (klik) atau follow Twitter HH (klik). Anda juga boleh follow Google+ Page blog ini kerana semuanya dikongsikan secara automatik di sana.

Selamat mencuba.



24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hmmm sebenarnya ramai yang guna teknik ni, cuma tak didedahkan je .. :) kan kan?

    ReplyDelete
  2. mcm mane nak blog kita terindeks kat yahoo? masih xdapat...

    ReplyDelete
  3. dapat ilmu lagi dari blog HH,, tq

    ReplyDelete
  4. memang best teknik umpan ini...boleh diguna pakai oleh blogger yang mahu kebanjiran trafik..

    ReplyDelete
  5. wow umpan yg menjadi

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum hh...menarik juga info ni...;)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih.sharing yang menarik.ayat umpan tu memang dok guna :D

    ReplyDelete
  8. Asalam HH, nda paham pasal guna nombor atu, bule kita terangkan lebih lanjut cikit. thank you.

    ReplyDelete
  9. Ok. Nanti saya akan terangkan bagaimana ... cuma kena sabar sikit ye, in Sha Allah, saya akan buat satu entri khas menjawab pertanyaan @Nur Aza Shake

    ReplyDelete
  10. HAhahaha.. @Aku Penghibur terkena umpan .. makan besar macam ni .. hahahaha

    ReplyDelete
  11. Yahoo agak sukar untuk indeks blog blogspot ni .. tapi ada cara ... in Sha Allah, akan dikongsikan ilmu nanti @Afendi Abu Talib

    ReplyDelete
  12. Saya akan gunakan tip dan panduan ini dengan sebaik mungkin. Mana tahu jerat boleh mengena. Saya selalunya paste entri di setiap laman page rakan2 dan group2 . Ini amat memenatkan. Dengan tip ini kerja kita akan menjadi lebih senang. Insya Allah...TQ.

    ReplyDelete
  13. Elakkan entri dan blog kena tag spam bila letak link pada wall rakan-rakan. Saya pernah terkena dahulu sampaikan tak boleh nak akses FB selama 3 hari.

    ReplyDelete
  14. HH memang bijak "memanipulasi" tajuk entri dan guna ayat yang mengumpan pembaca..bab muntah darah tu takdenyalah..saja nak bagi org dtg baca lagi kann..ahaha...:)-

    ReplyDelete
  15. a ah kan Mama.. ada ilmu baru dpt hr ni

    ReplyDelete
  16. HH, bestlah entry ni, ringkas dan mudah nak hadam. Thanks for sharing. Semoga rezeki HH makin berleluasa, semoga HH jadi kaya dan berjaya sokmo!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement