Apa itu affiliate buat blogger Malaysia? Ada blogger yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate ini. Mereka pernah mendengarnya tetapi tidak tahu apa sebenarnya affiliate ini. Tak susah nak faham. Dan kalau dah faham, saya pasti akan ramai blogger Malaysia sedar bahawa blog boleh menjana pendapatan dari pelbagai sumber dan bukan hanya bergantung pada syarikat pengiklanan online seperti Nuffnang, Komli, Innity, RevenueHits, PopAds mahupun Advertlets.

Entri ini saya akan terangkan ringkas-ringkas je mengenai affiliate. Harap anda faham, terutama blogger baru yang masih lagi blur tentang affiliate ni.

Apa Itu Affiliate Buat Blogger Malaysia?

Affiliate Ialah Agen Jualan/Promosi

Secara mudahnya, sekiranya kita mendaftar sebagai affiliate sesuatu syarikat, penjual atau produk, kita sebenarnya adalah agen penjual, dan secara langsungnya adalah agen promosi. Ia bukan program skim cepat kaya atau MLM. Affiliate hanya melibatkan dua pihak, iaitu agen penjual (affiliate) dan yang menjual.
Apa itu affiliate
Kita akan dibayar komisen dengan setiap jualan yang dapat dilakukan menerusi link affiliate kita. Agen affiliate tidak melakukan transaksi. Agen hanya mempromosikan sesuatu kepada orang lain - samada secara langsung mahupun tidak langsung, dan menerima bayaran hasil pembelian produk yang dipromosikan.
 
Panduan affiliate untuk blogger newbie mungkin boleh bantu lebih faham tentang cara dan bagaimana nak jana income menerusi blog.

Program affiliate sesuai dengan blogger Malaysia adalah disebabkan ada tools atau alat yang membolehkan agen affiliate yang terdiri dari blogger mempromosikan dengan mudah di blog-blog.

Daftar Affiliate Adalah Percuma

Affiliate sangat menguntungkan dan selalunya program ini adalah percuma! Ia menguntungkan kerana komisen yang diterima adalah tinggi, dan jika kena cara, seorang blogger boleh menjana pendapatan menerusi program ini sehingga RM200-300 seminggu malah boleh menjangkau sehingga RM1000.

Dan modal anda .... adalah kosong! Anda hanya perlukan blog sahaja tak kiralah samada blog anda ada trafik tinggi atau rendah. Selagi ada jualan dibuat menerusi link affiliate anda, maka siap sedia untuk terima komisen setiap bulan! Dah tahu kan .. apa itu affiliate? Teruja tak?

Tiada Risiko Modal Kosong

Anda tidak rugi malah kosong risiko menerusi program affiliate. Anda tak mahu jual, maka tidak perlu promosi. Anda mahu jual, maka anda promosi ... mudahkan?

Ramai dah yang tunjukkan bahawa affiliate ni boleh buat duit, hatta kepada mereka yang tidak ada blog sekalipun. Guna FB pun boleh buat duit menerusi affiliate. Anda boleh tengok bukti-bukti mereka yang dah berjaya buat duit menerusi affiliate di Video Intensif Affiliate.

Daftar affiliate memang percuma, modalnya adalah kosong. Tapi nak dapat ilmu berkaitan nak jana income menerusi affiliate itu ... haa .... kenalah labur sedikit. Masuk sekolah pun kena bayar yuran .. ye tak?

Maka, sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai apa itu affiliate.

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yg saya tahu affiliate ni nk kena work hard utk promote.
    dan satu lg yg pkai knsep hmpir sama program dropship.
    tp klau kene pada caranya, mmg masyukkk!!

    ReplyDelete
  2. thank you for the info..nak godek2 lah jom niaga pulak lepas ni hehe

    ReplyDelete
  3. Saya baru sertai jomniaga, terima kasih atas info peluang ini. :)

    ReplyDelete
  4. dah join ashadee tp payment asyik pendinf situ je la... tak bijak lg bab2 afiliate n SEO. Lps 13hbln ni mudh2an akak brtmbh bijak dlm bidang jana wang by affiliate. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Baru 2 bulan join affiliate ni. Tu pun ashadee je ;D

    ReplyDelete
  6. Memang modal kosong tapi idea tak boleh kosong...mesti power mcm Tuan HH ni...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca ..

      Delete
  8. bab promosi mesti kaw-kaw dengan sasaran yang betul..baru ada sales!

    ReplyDelete
  9. Banyak sebenarnya peluang buat income secara online nie kan. Affiliate masih kurg diteroka berbanding bisnes lain.

    ReplyDelete
  10. simple...jadi ejen untuk produk tertentu, kalau ada sales dari link berkenaan, dapat la komisen..:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement