As-Salam. Fuh .. memang mereka yang cuba nak menipu ni akan buat segala macam teknik dan taktik, almaklumlah warganegara Malaysia ini memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Dan HH mahu berkongsi satu email yang baru diterima. Dulu nampak macam kurang meyakinkan tapi kini .. fuh ...

Assalamualaikum,

Hidup saya adalah diibaratkan sedang diseru oleh Allah dengan keadaan kesihatan saya yang mendadak kerana telah diberitahu oleh doktor saya yang saya ada beberapa hari lagi untuk hidup.Dengan ini,saya ingin menderma hartanah saya untuk menolong pesakit barah seperti saya untuk rawatan dan program-program kesihatan kerana ini adalah cadangan arwah suami saya dan saya tidak mempunyai zuriat

Dengan ini saya hendak membuat sesuatu dengan niat baik untuk menderma 2 juta sterling paun kepada persatuan barah yang terlibat. Sila beritahu saya sekiranya anda sudah menerima surat akuan tersebut dan sila beritahu informasi tentang warganegara anda dan di mana tempat tinggal, nombor telefon informasi lain yang diperlukan oleh peguam saya. Dengan ini saya memindahkan warisan saya kepada Semoga anda dirahmati oleh Allah dan menggunakan wang dermaan saya dengan adil untuk kerja kebajikan.

Yang Benar
Pn. Suraya Ibrahim
From: Malaysia
Menerusi email berikut - Mrs.Suraya - IbrahimSuraya14@gmail.com - suraya@kelantan.uitm.edu.my

Perghh .. kalau mak HH yang baca ni, suka bebenor gamaknya dan mungkin suruh HH contact insan berkenaan. Tapi inilah manusia yang cuba membuat onar .... 2 juta sterling paun .. what??? 

Kalau betul, tak perlu nak cari orang untuk derma ni, just go ahead Google dan semua perkara dicari, In Sha Allah boleh jumpa dan terus boleh derma, ye tak?

Aduhai manusia. 

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hehehe.. dah 10 kali baca email ni pun tetap rasa kelakar.. sebab ada ketidaklogikannya disitu..

    ReplyDelete
  2. 2 juta sterling...

    lebih kurang RM10 juta kau jemah -_-

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.. tu la pasal .. jutawan kau @khairilmazri:disqus ..nak? Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. kalo cm2 bleh menipu org kan2 :P


    p/s: sy nie bkn kaki penipu k :D

    ReplyDelete
  5. haha, dari malaysia tapi kenapa pakai pound sterling. tak logik betul.

    ReplyDelete
  6. Qila pun dpt e-mail camni. Tp dri org yg b'beza. Klaka je. Punya byk persatuan kbjkn kat malaysia, x psal2 cari kita. X logik tul kn :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement