As-Salam. Google Webmaster Tools adalah merupakan satu alat yang sangat baik untuk anda sebagai seorang blogger blogspot menganalisis 'kesihatan' blog anda. Menerusi Google Webmaster Tools, anda boleh lakukan banyak perkara termasuklah memastikan entri-entri anda berada di dalam enjin carian, selain mengelakkan blog anda menghadapi masalah seperti terkena Malware dan sebagainya.
Untuk menggunakan Google Webmaster Tools, anda seharusnya terlebih dahulu mendaftarkan blog anda di dalam laman analisis ini. Anda perlu ke Google Webmaster Tools (klik) dan masukkan email serta kata laluan anda.

Sebagai salah seorang pengguna blogspot, pendaftaran untuk mendapatkan akaun Google Webmaster Tools adalah mudah. Anda hanya perlu login atau sign-in menggunakan id Google atau blogger.com anda. Seterusnya anda akan dibawa ke laman atau paparan berikut:
Anda akan nampak kotak merah - Add A Site. Klik dan masukkan alamat atau url blog anda. Blog yang telah dimasukkan ke dalam Webmaster Tools akan diberikan paparan berikut selepas selesai anda daftarkan atau masukkan url blog anda tadi.
Dah siap. Sekarang anda boleh analisis menggunakan Google Webmaster Tools dengan beberapa alat yang disediakan seperti yang ditunjukkan di atas.

Anda boleh tengok message - isu yang mungkin berbangkit mengenai blog anda, yang dianalisis secara automatik oleh aplikasi Google. Ada kongfigurasi, ada 'kesihatan', ada trafik dan bahagian yang paling HH suka ialah Optimization, iaitu sesuatu untuk bantu blog anda menerima trafik dari enjin carian Google dengan mudah. Ia bantu anda menghasilkan blog dan entri yang mantap SEO.

Jika anda masih belum menggunakan Google Webmaster Tools ini, maka gunakanlah sebaik mungkin, dan saranan HH ialah gunakan setiap 2 minggu sekali di hujung minggu untuk tengok prestasi blog dan analisis sebarang kemungkinan.

Selamat mencuba.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement