As-Salam. Perasan? Mungkin ada yang belum perasan bahawa editor HTML template blog kini sudah diperkemaskan dan dipertingkatkan dengan cirian-cirian baru. Ia dikatakan satu penambahbaikan untuk memberikan lebih kebebasan dan memudahkan kerja-kerja ubahsuaian template dilakukan dengan mudah dan tersusun.
Editor HTML Template Blogger Dipertingkatkan
Editor HTML template blogger yang baru ini menyerupai editor HTML yang biasa digunakan dalam WSYSG - jika anda seorang yang ada latar belakang komputer atau IT mungkin biasa menggunakannya untuk pembangunan laman web.
HTML template blog anda adalah kod sumber yang mengawal kemunculan blog anda. Template ini boleh disesuaikan untuk dipaparkan mengikut citarasa anda. Kelebihan baru yang diperkenalkan dalam editor HTML template blogger 2013 ini ialah;
Garis Pernomboran (Line Numbering)
Ia memudahkan anda mengenalpasti barisan kod yang hadapi masalah atau yang mahu anda buat ubahsuaian.
Sintaks Ditonjolkan
Syntax Highlighting adalah perkara biasa yang digunakan oleh blogger yang kongsikan tutorial blog atau kod widget. Dan kali ini, fungsi ini diperkenalkan di dalam editor baru untuk memudahkan anda mengenalpasti kod-kod html yang digunakan di dalam template blog anda.
Indent Automatik
Apabila kita menulis sebuah kod HTML template blog kita, adalah satu perkara baik diperkemaskan dengan penulisan secara indent. Namun, menerusi editor baru ini, segalanya dilakukan secara automatik.
Kod Terkumpul (Code Folding)
Kod-kod html dikumpulkan atau diselaraskan dalam satu bentuk pengumpulan dinamakan folding. Jadi, mudah bagi anda untuk terus ke kod-kod tersebut menerusi drop down menu yang disediakan.
Anda boleh membaca mengenai penambaikan ini dengan lebih baik dan terperinci di sini - Improvements to the Blogger template HTML editor
Selamat mengodek benda baru ....
Selamat mengodek benda baru ....
tampak lebih pro. rasa macam pakar coding pulak bila menggunakan nya. hehe
BalasPadamdh lama tak cari coding.
BalasPadambagus tuto nie ^_^
wah... saya jadi terkial2 pulak dengan benda baru ni..
BalasPadamBaru terperasan ada pembaharuan tapi macam saye ada takde serupe je pasal bukan reti html hoho
BalasPadamcoding macam nie yang buatkan mata aku blur.....
BalasPadambagus dan memudahkan kerana sebelum ini saya menggunakan style editor - builtin firefox dan Microsoft Expression Web...
BalasPadamHmm .. kalau yang tak biasa mungkin rasa 'takut' .. :)
BalasPadamHmm ... terkial tak apa .. jangan buat KEEK separuh bogel ehhh ..hahahahaha
BalasPadamHmm .. pelan-pelan kita belajar ehh ...
BalasPadamBuat blogger yang ada pengalaman mengenainya, memang tiada masalah .. tapi blogger baru mungkin rasa risau sbb tak berapa nak faham sangat ...
BalasPadamtq HH..
BalasPadamhahaha..bro HH pun perasan erk si @google-b102a8784b6d515568951e1e289e58ae:disqus buat vid keek half nake.
BalasPadamHehehe..rasanya memang bagus bila pihak blogspot buat macam tu. Bertambah feeling la time mengedit blog nanti. hehehe..i like..
BalasPadamHahaha.. baru tahu tadi selepas ambik masa 2 jam lebih nak download kat hp ....
BalasPadamHmm ... boleh buat sambil makan kuaci ... :)
BalasPadamehh ya lah..baru perasan...lama tak kacau template,jd x tau...nmpk mcm lebih memudahkan....
BalasPadamTapi terdapat kesukaran sikit time nak mengedit..hahahah..poning palo den.
BalasPadamnampak mudah tapi sebenarnya..........try dulu baru tau
BalasPadamIlmu saya terlalu cetek tentang coding html untuk blogging, mudah-mudahan templete terbaru ini dapat membantu
BalasPadammasih baru , saya masih bingung
BalasPadamterkejut sekejap masa mula2 buka...
BalasPadamTak pandai edit.. (T_T)
BalasPadamAdmin : http://angellovesoldier.blogspot.com/
pelan-pelan belajar ... kebingungan akan hilang dengan kesabaran dan tekad untuk belajar @d52bbc9da8658ef259aec635ea13ad34:disqus
BalasPadamHehehehe... saya pun ...
BalasPadamSalam..nak tanya, kalau kita nak tambah kod HTML dalam fungsi Tick Expand Widget Templates? Pening....
BalasPadamFungsi tu sudah tiada, apa yang perlu anda lakukan ialah klik setiap anak panah yang ada di sebelah kiri bernombor tu ... pastikan tak ada anak panah tu ... bila anak panah tak ada, itu sama dengan fungsi expand widget template
BalasPadamBaru terfikir camana nak mengedit html coding yg camni. mmg sifu amat memahami. hehe thanks a lot sifu :)
BalasPadamhhoohoho...sy bingung nampak kod ni semua
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.