As-Salam. Semakin ramai yang makin bijak untuk meningkatkan backlink pada blog, dan antara cara yang berkesan ialah dengan anjurkan segmen, kontes mahupun giveaway. Namun, ramai yang menganjurkannya tidak sedar bahawa adakala cara penganjuran yang dilakukan adalah membebankan sesetengah blogger yakni peserta.
Sebagai seorang penganjur atau yang mengendalikan, perlulah permudahkan, jangan menyusahkan. Bukan apa, kadangkala apabila syarat diberikan terlalu ketat dan ada pula pelbagai perkara perlu dibuat yang merenyahkan, ia akan buat orang hilang minat untuk sertai. HH pernah alami situasi ini di mana tak ada siapa pun yang nak join segmen yang dibuat.... serius .... penat tulis entri untuk segmen, tetapi tak ada yang sudi nak sertai. Rugi kan?
Buat Segmen, Kontes dan Giveaway Membebankan
Sesuatu segmen, kontes atau giveaway perlu mudah untuk sertai bagi menarik ramai peserta. Antara perkara yang membuatkan sesuatu pengajuran itu kurang mendapat sambutan adalah terdapatnya syarat dan aneka bagai benda yang perlu dibuat - hanya untuk menjadi peserta.
Terlalu Banyak Follow Sana Sini
HH faham segmen atau kontes ada ramai penganjur, tetapi perlukah tetapkan syarat untuk follow semua penaja? Kalau ada 10 penaja, jenuhlah peserta nak buka blog lain untuk klik follow itu ini. Bukan semua peserta ada masa lapang dan terluang hanya untuk penuhi syarat.
Terlalu Banyak Perlu LIKE Fanpage Facebook
Sama kes seperti kena klik butang follow blog, terlalu banyak buat mereka yang mahu jadi peserta jadi feedup. Bukan apa, sekali letak LIKE, bermakna peserta beri ruang untuk dinding mereka diconteng sana sini semata-mata demi sebuah segmen, kontes mahupun giveaway.
Tag Kawan-Kawan
Cara begini kalau kena cara memang berbaloi, tetapi menjadi beban pula pada peserta untuk tag kawan-kawan blogger lain, lepas tu kena pula beritahu yang kena tag, dah jadi satu kerja pula nak mereka ajak join.
Perkara sebegini akan nampak makin tak best apabila hadiah yang ditawarkan tidak berbaloi dengan 'kerja-kerja' yang dinyatakan sebagai syarat. Lainlah kalau segmen, kontest atau giveaway yang dianjurkan nak berikan hadiah maha lumayan, seperti sebuah kereta, hadiah iPhone 5, Samsung Galaxy S4 ke ... atau paling tidak hadiah ganjaran tunai sehingga RM1000.
Jadi, pastikan syarat dalam setiap kontes, giveaway dan segmen berbaloi dengan hadiah ditawarkan. Bebankan peserta untuk ikuti hanya untuk dapatkan hadiah top-up RM30 atau hadiah sehelai tudung adalah sangat tak best ....
Fikir baik-baik, dan buatlah penganjuran yang akan memudahkan ramai nak join.
memang pun..
ReplyDeletetak larat nak follow,tag,klik
sebab tu dah malas nak join contest
Yang paling membebankan ialah klik G+1, sampai masa org duk klik banyak2, tiba2 hilang entah kemana. Kalau FB pula, yg top je boleh dpt up tinggi, kalau tag pula macam meminta pada yang tak sudi begitu juga dgn tweet. Kalau nak cari entri terbaik juga , nanti kena baca satu persatu entri peserta dan menilaikannya, Saranan saya buat mcm Usahawankecil.com buat baru2 ni. Hanya biar duk di page 1 di google.com (world) tapi utk peserta dlm Malaysia. Kalu di luar susuah nak hantar hadiah pula.
ReplyDeletebetul tue abg HH. fyna pun kalau nak join mana-mana contest/GA/segmen dengan syarat yang mudah. ada juga blogger yang letakkan syarat yang agak membebankan. kena fikir banyak kali kalau nak join. lagi mudah syaratnya lagi bagus.
ReplyDeleteDah banyak juga masuk penyertaan, tapi sekarang ni hanya pilih yang paling sesuai sahaja, supaya diri kita tidak dibebani contest yg bersyarat itu dan ini.
ReplyDeleteDiharap agar contest drpd HH ini, yang terbaik pernah diadakan di mana-mana contest Insya Allah...tapi boleh terbaik ke jika penaja hanya mahu menaja tapi lepas tu senyap je lepas tu!!
ReplyDeleteSetuju sangatlah dengan HH yg saranankan. Jangan membebankan peserta dgn syarat-syarat mudah. Lihat pada Peraduan Keyword Contest....memang mudah, walaupun mudah tapi cukup memberi banyak kerja yg perlu dilakukan supaya berada di page 1 sepanjang masa. Kalau turun pula, kena atur strategi lain sebagai bantuan utk entri kita.
ReplyDeleteSetuju2..kadang2 saya pilih GA atau segmen yang tak bnyak kn follow2 ni..hihi
ReplyDeletesetuju 100%
ReplyDeletesaya amat setuju sekali dgn pendapat awak
ReplyDeleteramai org kata saya sombong sebab tak nak join segmen atau ga mereka,
bukan saya sombong tp syarat yg diletakkan tu sgt 'annoying'
lepas tu dalam sebulan sampai berapa puluh segmen/ga yg perlu di buat? kadang2 rasa malas nak drop komen atau BW -_-'
Hmm ..dilemma kan? @google-d2389cf807cc488c50d6f7fb9b443d17:disqus .... mudah-mudahan entri ini akan buat banyak blogger celik mata.
ReplyDeletepaling tak suka bila join kena paksa klik iklan says..huhuh
ReplyDeleteHmm .... tu kebanyakkan blogger remaja tu yang tak faham syarat dan mengenai penipuan klik iklan ...
ReplyDeletebetul tu banyak nak kena like @ tag kengkawan...saya tgk segmen yg mudah ...
ReplyDeleteSaya sendiri pun pilih mana yang mudah nak ikut.
ReplyDeleteBetul..betul..betul..betul. Sebab tu saya kurang join aktiviti2 seperti itu. Disebabkan oleh gejala suh pi like and polo para penaja. kalau setakat 1-2 tu tak per lagi. Ni kalau dah sampai berbelas2. Memang tak la nak join benda2 cam tu. Lepas tu hadiah tak berbaloipun.
ReplyDeleteSetuju sangat.. memang jarang join kalau ada banyak blog yang kena follow xD
ReplyDeleteSamalah kita @twitter-400023991:disqus ... errkkk .... uhhh nickname ...
ReplyDeleteagree! sbb tu malas nk join..sbb berjela2 syarat dye...lpas tuh ntahape2 plak tuh syarat dye..mmg takkkk laaaa nk join..
ReplyDeleteHmm ... @4928ad97185feb3195de73c7db4f53d7:disqus ..... dulu ok, sekarang je jadi ntah apa2 ... masing2 nak cari jalan mudah.
ReplyDeleteSalam..cikgu..belum buat contest utk bulan April dah rasa membebankan, semoga ciku tidak patah semangat dan hati. Semoga contest yg HH akan buat nanti hadiahnya biarlah lumayan. Semoga ramai yang akan menaja nanti. Selamat berjaya....
ReplyDeleteyang ni den setuju..apa laie Bro HH...
ReplyDeleteokeh,that's true :)
ReplyDeleteBetul tu...
ReplyDeleteAJ selalunya bukan taknak support contest blogger lain tu..
Bila dah banyak sangat nak kena buat, mulah takde mood nak join....
assalamualaikum hh..yer betul tu kalau dah menyusahkan mmg ada yg x mahu join segmen itu...:)
ReplyDeletekalau setakat hadiah biasa2..xpayah la over sgt buat contest...segmen bagai..kalau hadiah iphone 4, samsumg s3 baru la betoi...
ReplyDeletebab tag org paling sy benci.
ReplyDeletedah takde keja lain huhu
hehe artikel yg bagus. kalo segmen tu punyalah byk syrt i will straightaway tekan butang X.
ReplyDeleteContest or GA yang dianjurkan sepatutnya memberikan keuntungan kepada ketiga(x2) pihak iaitu Penganjur, Penaja, dan Peserta. Janganlah anjurkan contest or GA yang hanya menguntungkan Penganjur dan Penaja tapi merugikan si Peserta.
ReplyDeleteTo me syarat yang relevan adalah seperti:
- meletakkan link (we call hyperlink) penganjur dan penaja didalam entry penyertaan.
- meletakkan banner contest/GA didalam entry penyertaan.
Tula pasal @google-1052e500084126907e874bf60976b6ff:disqus ... skang dok tgh pikir ni ttg kontes yang nak dibuat .... hmm tak mahu kata2 makan diri ..hehhehehe.. tak nak taja?
ReplyDeletenak taja pun takat taja domain boleh la. hehehe...tapi saya cerewet sikitlah bab taja menaja ni. style saya haruslah ada win-win situation.
ReplyDeletedepends on contest period. Kalau panjang masanya, rasanya tak salahpun kalau nak sponsor hadiah. tapi bergantung kepada kemampuan den la ya. nak sponsor hadiah rege ribu2 tu memang tak done la.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.