As-Salam. Tahu apa itu SAYS? SAYS merupakan satu medium sosial network yang berkongsi berita berdasarkan negara. Ia kemudian membuka peluang untuk ahli-ahli SAYS menjana pendapatan menerusi perkongsian iklan daripada syarikat pengiklanan tertentu, dengan mengongsinya (errkk?) di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter. Kini, SAYS kembali ke fungsi asalnya dan memindahkan fungsi penjanaan pendapatan untuk ahli ke sebuah laman sesawang baru atau rangkaian baru dinamakan 8Share.

SAYS Specials Kini Dikenali 8Share

Sebelum ini bahagian SAYS yang dikenali sebagai Specials telah berjaya membantu ramai pengguna Facebook dan juga Twitter menjana pendapatan menerusi perkongsian hebahan daripada pengiklan. HH sendiri pernah dapat cek daripada SAYS, walaupun tidak seberapa tetapi best la jugak.

SAYS Special dikenali sebagai 8Share

Setelah bertahun, SAYS Malaysia telah mengerluarkan kenyataan ini:

Setelah penggunaan Stories dan Specials semakin meningkat, kami telah menerima maklum balas bagaimana Specials boleh menjadi lebih baik jika mempunyai tempat sendiri. Jadi, kami telah mengambil keputusan untuk memindahkan Specials ke rumah yang baru.

Rumah baru yang dimaksudkan ialah 8Share.com. Dengan wujudnya rumah baru ini, kami boleh menumpukan lebih perhation untuk meningkatkan kualiti Specials.Dengan ini, Specials tidak lagi akan dipaparkan di SAYS.com, tapi boleh didapati di 8Share.com.

Jadi, jangan terkejut jika anda tidak lagi jumpa Specials di SAYS Malaysia. Buat mereka yang masih belum menjadi ahli berdaftar dengan SAYS Specials atau 8Share, mungkin ini masa sesuai untuk anda membuka akaun dan memanfaatkan ruang siber ini sebagai salah satu punca pendapatan untuk anda. Jika mahu rentap dan sentap peluang ini, daftar percuma di 8Share.

Anda boleh sahaja integrasi setiap iklan dari 8Share untuk dipaparkan di blog bagi menambah kemungkinan menerima pendapatan yang ditawarkan.

Apa Ada di 8Share?

Buat masa ini, apa yang anda akan nampak di 8Share tidak banyak jauh bezanya dengan apa yang dipaparkan di bahagian SAYS Specials. Malah ia nampak lebih eksklusif apabila tagline 8Share -
Malaysia's Private Rewards Club dipaparkan.



*p.s: Oh ya, HH sedang perkemaskan Twitter dan Facebook Page Panduan Blogger untuk hanya memberikan tip-tip terbaik mengenai blog serta berita dan isu blogger Malaysia. Jangan lupa untuk follow dan LIKE ye .. mekasih. :)

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. encik Hh kalau iklan.di blog yang dah ada nuff nang akan ada konflik ke?

    BalasPadam
  2. Tidak, sebb ia berbeza dari segi target user

    BalasPadam
  3. macamn nk dpt iklan yang banyak?sebab ada sesetengah orang dpt 4 iklan sehari,ada sesetengah orang dapat 5 or 6 iklan sehari.pihak says cakap ini mungkin di sebabkan oleh profile seseorang itu..saya harap mereka yg dapat 5 iklan sehari dapat share profile dia..contohnya berapa tahun tarik lahir dia,gender dia...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement