As-Salam. Al-Fatihah disedekahkan buat Fauziah isteri kepada blogger Abil Fikri Ahmad; yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 2013 lebih kurang jam 1 tengahari (masa tidak dapat dipastikan).
Perkara ini dimaklumkan menerusi laman Facebook khusus - Dana Sinar Fauziah yang diselenggarakan sendiri oleh Abil Fikri Ahmad.
Blogger Abil Fikri Ahmad telah menyentuh hati, jiwa dan rasa ramai apabila telah berkongsi kisah suka dan dukanya menjaga isterinya yang terlantar sakit menerusi blog Warkah Buat Isteri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t dan ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya dan isteri.
Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (In sya Allah).
Kepada pembaca, doa dan semangat dari kalian sangat kami perlukan.
Itulah sedikit apa yang dikongsikan mengenai blog Warkah Buat Isteri, sebuah blog khas yang diwujudkan oleh Abil Fikri Ahmad buat isterinya Fauziah.
Abil bukan nama asing, jika anda prihatin dan peka, tentu pernah nampak atau terbaca kisah Abil ini yang dianggap seorang suami satu dalam sejuta!
Kisah Abil dan Gee pernah juga ditampilkan di dalam TV AlHijrah serta slot MHI TV3.
Beruntung seorang isteri mendapat suami seperti Abil yang setia hingga ke hujung nyawa.
Sekali lagi, HH ucapkan takziah buat Abil dan Al-Fatihah buat isterinya yang tercinta. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah S.W.T.
Al-Fatihah.
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan. Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan. Tawaran Dari Syarikat Besar Untuk Surirumah, Pelajar Mahupun Anda Yang Mahu Tambahkan Pendapatan - Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan (Klik Sekarang!)
innalillahhirajiun
BalasPadamassalamualaikum hh...al-fatihah buat arwah..:)
BalasPadamInnalillah hiwainna ilaihirajiun
BalasPadamTakziah
BalasPadamTakziah buat ahli keluarga beliau
BalasPadamINNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.