As-Salam. Ada blogger yang memberikan tanggapan dan pendapat bahawa Google Pagerank (PR) adalah berkaitan populariti. Sebenarnya, ia bukan populariti, tetapi kualiti. Tanggapan bahawa blog PR yang ada nilai yang tinggi, contohnya 8 atau 10 merupakan blog yang popular adalah mungkin disebabkan ia sering menjadi pilihan di enjin carian. Taip kata kunci ini .. terus dapat blog tersebut di bahagian atas laman pertama carian Google.

Mungkin betul, sebab ia akan popular dan sering muncul di enjin carian Google, tetapi di Yahoo, mungkin ia tidak popular kerana Yahoo menggunakan sistem Yahoo Webrank. Jadi, apakah sebenarnya Google Pagerank (PR) ini?
Panduan blogger untuk bentuk blog berkualiti dan Pagerank

Google Pagerank (PR) Adalah Mengenai Nilai Blog

Ok, mari kita lihat bagaimana sesebuah blog itu boleh dapat nilai PR yang tinggi. Berikut adalah antaranya:

  • Banyak backlinks diberikan kepada blog tersebut. Indikasi ini menunjukkan bahawa ada entri-entri di dalam blog tersebut diberikan pautan oleh laman sesawang atau blog lain yang dofollow. Mungkin dari blog niche, atau mungkin dari entri niche yang sama. Andai blog yang memberikan backlinks itu merupakan blog yang ada PR tinggi, maka merit diberikan yang boleh membantu blog tersebut meningkatkan pagerank secara khusus dan secara am.
  • PR ini adalah berkaitan dengan entri-entri yang ditulis, bukan setakat pada halaman utama blog anda sahaja. Jika pada satu laman utama blog anda, disenaraikan link/backlinks dalaman kepada entri-entri yang punyai PR tersendiri yang tinggi, maka ia akan memberikan satu lagi bentuk merit. Inilah sebabnya perlu ada navigasi yang jelas dalam blog selain dinamika entri-entri dalam blog yang saling terpaut.
  • Mungkin tak berapa jelas, tetapi ada indikasi mengatakan bahawa sesuatu entri yang punyai jumlah kesukaan pada laman sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Google+; ianya berkemungkinan ada kesan dari segi penarafan PR ini. Yelah, kalau sebuah entri itu bagus, maka ramai akan berkongsi, memberikan satu indikasi pada robot Google bahawa ... entri itu ada kualiti dan disukai kerana isi kandungannya.

Kualiti Itu Nilai

Jelas rasanya apa itu Pagerank dan kepentingannya. Ia sebenarnya menggambarkan kualiti dan bukannya popularitian. Popular itu merupakan bonus kepada kualiti yang ada dalam blog tersebut. Jika semua entrinya ada PR yang bagus, maka tentulah ia akan jadi pilihan popular di enjin carian Google.

Inilah yang dikatakan nilai sebuah blog. Kualiti - ditafsirkan dalam bentuk PR, adalah satu nilai kualiti pada blog anda.

Maka, persepsi blogger bahawa blog yang ada PR tinggi adalah popular perlu sedikit diperbetulkan, kerana yang sebenarnya ialah penghasilan sebuah entri yang berkualiti, bermanfaat, tepat dan memenuhi apa yang dibawakan menerusi kata kunci yang disertakan.

Dan untuk menghasilkan sesuatu entri yang berkualiti, ada kaedah dan cara perlu dititik-beratkan, termasuklah kaedah berupa teknikal seperti teknik SEO (Search Engine Optimization). Trik juga diperlukan untuk membolehkan sesebuah entri itu dianggap sebagai berkualiti.

Dek kerana itulah, ramai blogger hebat sering menekankan akan memberikan penulisan berkualiti dalam blog. Itu yang penting dan perlu diambil perhatian. Bukan soal popular, bukan soal ramai follower, tetapi kualiti blog. Dan bila bercakap soal kualiti ini, saya boleh cerita panjang lebar mengenainya.

*p.s: Jangan sebab entri ini ditulis, anda anggap saya ni master dalam benda ni, oh tidak ... saya juga belajar macam anda, cuma teknik dan cara belajar saya mungkin tak sama dengan anda ...



10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup.. betol tu.. pagerank n lbh kpda nilaian.. kalo nilaian dah tggi, dapat la bonus popular iaitu mesra seo dan ada serp yg ok..

    ReplyDelete
  2. Agak2 kenapa orang yang Alexanya begitu hit tetapi PR nya tetap 1. ada yang trafik hari2 pun banyak PR tetap 1.

    - bagi saya seperti saudara ckp, kualiti dalam blog itu tentukan PR sesuatu blog
    - mungkin ada pendapat lain boleh kongsikan sebgai tambahan ilmu :)

    ReplyDelete
  3. Alexa berkaitan trafik, ia dinilai berapa banyak hits yang diterima, bukan berkaitan kandungan blog. Jumlah hits ini boleh dapat dengan pelbagai cara, termasuk perkongsian di laman sosial, di forum, di laman ping agregator dan menerusi hebahan di email, mahupun pengiklanan. Jadi trafik tinggi - boleh dapat Alexa rendah (kurang dari 1000) tapi belum tentu PRnya bagus.

    ReplyDelete
  4. Ya, Google suka pada blog yang diberikan merit melalui PR ini.

    ReplyDelete
  5. Tuan HH, kita ambil satu contoh, blog 1 Malaysia, kenapa PR9 dan adakah ia berkualiti atau banyak trafik yg mengunjunginya atau ia keran banyak backlink drpd blog-blog/entri-entri lain tapi dari segi Alexa Pagerank ia menunjukkan nilainya tinggi (semakin rendah paling baik). Harap Tuan HH beri sedikit ulasan tentang blog 1 Malaysia ini.?? (y)

    ReplyDelete
  6. Bagaimana kalau kita buat entri tentang PR, adakah akan diberi merit yang lebih drpd Pak Google.??

    ReplyDelete
  7. Ada juga blog PR tinggi, tapi Alexa sangat rendah rankingnya. Page Rank hanya sebagai indikasi banyaknya laman web lain atau blog lain yang memberi backlink kepada sesuatu blog itu.

    ReplyDelete
  8. Blog 1Malaysia dah tentu sebab ia kualiti, sebab memang bercerita pasal dasar dan apa yang difikirkan oleh Perdana Menteri. Memang entri original, lepas tu, banyak pula blog-blog lain yang refer kepada apa yang disampaikan dalam blog tu, menambahkan lagi bahawa kata kunci sesuatu perlu dirujuk pada entri dalam Blog 1Malaysia. Dari situ, dapat merit PR dan dapat juga trafik.

    ReplyDelete
  9. Ya, banyak begitu, menunjukkan bahawa ia ada kualiti tinggi dan dirujuk untuk satu-satu keyword tertentu. Setiap entri ada PR tersendiri, dan bukan hanya pada nama blog atau laman utama sahaja.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, En Hasrul, macamana saya nak check kualiti blog saya melalui G-Pagerank tu ya. Saya jarang menulis cedok idea orang. Kalau ada masa saya ingin menjemput en Hasrul melawat blog saya dan memberikan sedikit komen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement