As-Salam. Sesebuah blog boleh kelihatan lebih berseri dan ceria jika kita bijak bermain dengan warna. Warna mudah sebab ia tidak berada di dalam kategori yang boleh memberatkan blog jika dibandingkan dengan meletakkan latar yang berbentuk imej atau gambar.

Warna-warna ini kalau kena dengan penampilan blog, apatah lagi dengan tema, in Sha Allah, blog anda akan kelihatan segar dan menarik untuk pengunjung yang singgah. Dan mana tahu, kemungkinan kerana warna ceria itu akan buat si pengunjung jatuh cinta - ada pengunjung akan sukakan sesebuah blog sebab keceriaan dan rekabentuk blog; kontra dengan isi kandungan .. hehehehe.
5 variasi pilihan warna untuk blogspot


Jadi, mungkin anda tertanya-tanya apakah warna-warna sedondon ini, macam mana nak buat, apakah kod warna tersebut?

5 Pilihan Warna Sedondon Bagi Menceriakan Penampilan Blog

Berikut saya kongsikan contoh untuk 5 pilihan warna sedondon yang boleh menceriakan blog anda.

Panduan blogger pilihan warna biru blogspot

Panduan blogger pilihan warna hijau untuk blog

Pilihan warna kuning untuk blog

Pilihan warna merah untuk kegunaan blogspot

Variasi warna jingga untuk blogspot
Warna-warna yang saya berikan ini adalah warna-warna selamat - iaitu terkandung dalam 216 warna web selamat untuk digunakan, yang tidak memberatkan blog.

Warna-Warna Menceriakan Blog

Aplikasikan warna-warna ini pada warna latar, warna header, warna sidebar atau footer blog anda, terserah pada anda. Boleh juga digunakan sebagai warna-warna pilihan untuk warna link atau permalink dalam entri, serta boleh dijadikan warna tulisan blog. Boleh juga digunapakai bagi navigasi blog anda.

Terserah pada anda untuk menggunakan variasi warna sedondon ini, atau boleh sahaja kontrakan ia untuk lebih efek yang menawan dalam blog.

Untuk warna-warna lain yang mungkin anda boleh cuba, boleh rujuk pada Color-Hex (klik)

Selamat mencuba.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huhu... apa boleh buat. next time ada lagi..

    BalasPadam
  2. bab2 warna2 ni... memang faveret mia..

    BalasPadam
  3. sy risau jika ubah lagi latar belakang warna blog akan berat huhu..

    BalasPadam
  4. Warna tidak memberatkan sbb ia bukan dicapai tetapi ia memang standard penetapan bagi sesebuah laman sesawang, apatah lagi jika menggunakan 216 warna selamat yang telah saya nyatakan.

    BalasPadam
  5. Saya mmg suka nak selalu mai blog sifu ni sbb penuh dgn keceriaan. Chayyalah sifu :)

    BalasPadam
  6. hehe. kalo sy, ini kalilah!

    BalasPadam
  7. assalamualaikum hh...menarik kalau ada warna yg sama dan tidak memberatkn blog kita...;)

    BalasPadam
  8. satu panduan yang menarik ini..

    BalasPadam
  9. Sesuailah tu dengan nama blog ... merah belakooo ... tapi malang ...merah tak dapat teruskan perjuangan ....

    BalasPadam
  10. HH memang tukar tema warna blog sebulan sekali ke? apa pendapat HH dengan tema warna blog saya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement