As-Salam. "Macamana nak buat duit dengan blog bro?" tanya seorang blogger kacak yang sudah 3 bulan ada blog. Katanya, dia buat blog kerana mahu dapat duit sampingan, setakat atau sekadar dijadikan duit tabungan, almaklumlah blogger kacak ini baru sahaja melangkah kaki ke alam siswa-siswi. Dia tahu keperitan belajar yang ongkosnya kadangkala terpaksa buat diri meneguk air suam dan makan mee segera. Blogger kacak ini bukan dari golongan orang yang ada-ada.

Jadi, saya syorkan cubalah pelbagaikan sumber pendapatan di blog, dan salah satunya ialah dengan Affiliate. Apa itu affiliate? saya pernah bercerita serba sedikit mengenai affiliate di entri ini - Apa Itu Affiliate Buat Blogger Malaysia?

Affiliate Sehingga 50 Peratus Komisen Buat Blogger

Mengapa saya syorkan affiliate? Sebab keuntungan yang bakal anda dapat adalah lumayan, anda akan diberikan komisen sehingga lebih 50% bagi setiap satu produk. Kalau produk itu berharga RM100, nah .. dah dapat RM50 hanya dengan satu pembelian sahaja. Bandingkan dengan program pengiklanan biasa seperti Nuffnang atau Innity atau Advertlets. Jenuh bukan?

Ramai blogger Malaysia yang telah berjaya menjana pendapatan yang baik menerusi program affiliate. Ianya bukan program MLM atau program money-game. Ia adalah satu program di mana anda membantu vendor produk memasarkan produk mereka. Komisen yang anda terima merupakan komisen promosi dan jualan yang anda buat menerusi pautan affiliate unik yang diberikan kepada anda.

Affiliate Program Popular Jana Duit Menerusi Blog

Affiliate ini bukan baru. Ia telah lama bertapak dalam dunia maya ini. Salah satu program affiliate yang telah berjaya menkayakan ramai dalam dunia siber ini adalah Amazon.com. Dan kalau dalam bidang fotografi (salah satu yang saya minat), adalah Shashinki. Ehemm .. andai anda ada blog fotografi, saya syorkan daftar percuma dengan program affiliate Shashinki ini. Tapi yang ini, komisen memang berganda-gandalah .... sekali dapat sampai ribu pun ada bagi satu jualan!


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Tanyanya lagi; "Jadi, Bro cadang program affiliate mana ehh untuk blog saya tu?". Antara tips untuk berjaya dengan program affiliate ini ialah mempunyai blog yang punyai niche tersendiri. Macam contoh yang telah saya berikan di atas, jika anda ada blog fotografi ... maka memang patut anda letak banner program affiliate dari syarikat yang tawarkan komisen untuk produk fotografi.

Affiliate Sesuai Untuk Blogger Baru

Tapi, buat yang baru buat blog, terutama blogger kacak tadi, saya syorkan daftar percuma dengan Jomniaga.com; di situ, anda boleh pilih pelbagai jenis produk yang boleh anda iklankan di blog dan menjana pendapatan menerusinya.

Walaupun ada produk yang beri komisen kecil, seperti yang saya tunjukkan di bawah ini, tetapi jika ia laris .. mudah-mudah je boleh dapat RM100-200 seminggu!

Jadi, jika anda tanya saya ... "Apakah benda yang boleh bantu jana pendapatan dengan blog ....?" Maka, inilah jawapan saya - program affiliate. Nak cepat dan pantas? Anda perlu cari ilmu mengenainya ... in Sha Allah, nanti saya akan kongsikan dengan anda.

Buat apa tunggu lagi? Nak blog jana pendapatan tak? Cubalah daftar percuma dengan Jomniaga.com (klik). Dan terus letak banner jomniaga ..... atau produk-produk yang ada di dalam jomniaga.

Selamat mencuba.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. fairus mohamad noorMay 3, 2013 at 9:12 AM

    tq share..saye pun daftar.

    ReplyDelete
  2. ada soalan disini.. err.. kalau letak banner dari jomniaga tu nanti. x ke Nuffnang merajok? sebab selalu baca entri kawan2 yg bagi tahu nuffnang merajuk dan status glitertai bertukar ke non gliterati.. hee.. just nak tau.. =)

    ReplyDelete
  3. Setakat saya menggunakan selama lebih setahun, tak ada pula. Status Glitterati tetap tidak berubah, ia bukan saingan kepada Nuffnang, ia merupakan satu program lain. Saya dah buat entri pasal ini - lebih dari 2 mengenai status Glitterati ni.


    Ia hanya akan merajuk jika letak iklan pesaing - iaitu yang ada klik iklan dapat komisen atau CPUV DAN dalam region yang sama. Kalau global macam Adsense masih boleh letak.

    ReplyDelete
  4. ho.. yeke? nak baca lagi lea tentang status gliterati tu.. heee.. nice sharing! teman udah daftar.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement