Navigasi Blog Perlu Kemas dan Jelas
Blog anda perlu navigasi yang jelas - kepada pautan dalaman dan juga pautan luar. Letak tajuk pada setiap pautan yang ada. Kedudukan naigasi blog anda juga perlu berada di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.Jika blog anda sebuah blog yang baik, amat mudah bagi Google berikan sitelink kepada blog anda. Sitelink ini akan dibina atau diwujudkan berdasarkan kepada navigasi yang ada dalam blog anda. Robot enjin carian akan lakukan gelintar dari atas ke bawah, dan dari kiri ke kanan. Jadi pastikan apa sahaja berada di bahagian paling atas, kiri dan kanan anda jelas dan punyai tajuk jelas.
Blog yang baik di sini ialah entri anda menjurus kepada sesuatu walaupun blog anda ada cerita perkara-perkara lain - berdasarkan kata kunci yang telah anda tetapkan kepada blog anda. Ia juga sebagai satu tanda bahawa blog anda adalah blog yang berkualiti dan ada kredibitili berdasarkan kata kunci umum blog anda.
Apa Itu Sitelink?
Mari lihat beberapa variasi sitelink blog ini untuk mudah dan fahamkan anda apa itu sitelink. Saya menggunakan Google Malaysia untuk taip 3 katakunci berbeza untuk memperlihatkan sitelink untuk blog ini - www.hasrulhassan.com, hasrulhassan.com dan hasrulhassan.Navigasi Mesti Guna Variasi Kata Kunci Sama
Apa yang anda nampak ialah disitu diberikan pautan kepada beberapa page dan beberapa entri lain. Pada yang pertama - www.hasrulhassan.com; anda akan nampak pautan ke laman atau page pengiklanan dan penafian, kemudian anda akan nampak entri yang antara paling banyak ada backlink iaitu 200 Blog Terawal, pastu entri yang antara paling banyak Google+ (+1).Lebih kurang juga pada kata kunci carian kedua yang menggunakan hasrulhassan.com. Manakala yang ketiga memaparkan page dan entri yang paling popular semasa (hari ini).
Jika anda mahu blog anda mendapat sitelink seperti yang saya tempek kepada anda kat atas tu, pastikan navigasi dalam blog anda tersusun, dimana anda ada pautan ke page-laman blog anda yang lain, ada pautan ke entri-entri popular atau berdasarkan kata kunci tertentu.
Sebagai salah satu tips tambahan kepada anda, blog ini menggunakan kata kunci (keyword) dan deskripsi seperti berikut:
Tajuk: Panduan Blogger
Deskripsi Blog (Meta Description): blog perkongsian ilmu dan panduan blogger blogspot Malaysia yang terbaik, memberikan tips, petua, widget serta rahsia blog terbukti hebat Malaysia.
Kata Kunci (Keywords): panduan blogger, panduan blogger blogspot, panduan blogger blogspot Malaysia, tips blog and, panduan SEO anda, petua trafik blog, blog yang terbaik
Anda nampak tak? Ada perkataan blog disitu dalam variasi kata kunci (keywords) dan juga pada deskripsi blog yang saling-kait dengan apa yang anda boleh lihat di sitelink blog ini.
Saya harap anda faham dengan penerangan serba ringkas ini untuk membolehkan blog anda punyai sitelink di enjin carian Google. Ada 2 tips saya berikan di atas; jadi moga boleh dijadikan panduan untuk anda menghasilkan blog yang bagus dan mantap, in Sha Allah.
tips yg bagus..tp susah lagi nak dpt sitelink 2...
ReplyDeletetips yang menarik! ;)
ReplyDeleteterima kasih untuk tips ni :)
ReplyDeletekata kunci memainkan peranan penting yea...
ReplyDeleteI'm amazed, I must say. Seldom do I come across a blog that's both equally educative and interesting, and without a
ReplyDeletedoubt, you have hit the nail on the head. The issue is something which not
enough people are speaking intelligently about. I'm very happy I found this in my hunt for something regarding this.
My homepage - acoustic guitar chord
HH, berapa lama masa yang diperlukan bagi sebuah blog untuk mendapat sitelink selepas menggunakan keyword yang berkait rapat dengan isi blog?
ReplyDeleteThanks HH...tips yang memang berguna...so kena betulkan my blog punya error sekarang jugak...
ReplyDeleteIni cuma andaian saya - dalam masa sebulan dua ... tetapi dalam masa tersebut anda perlu ping entri dan blog ke laman-laman ping seperti autoping, pingler dan sebagainya.
ReplyDeleteBetul, kena pastikan setiap kata kunci itu berada paling tidak hampir kesemua entri dalam blog anda. Tak perlu masuk banyak, cuma mesti cerita sedikit2.
ReplyDeleteSama-sama
ReplyDeleteTerima kasih @Eraz Fadli
ReplyDeleteTak susah, ikut je apa yang saya dah buat ni.
ReplyDeleteBagus jika sudah ada inisiatif untuk berbuat demikian.
ReplyDeleteThanks, akan cuba buat...
ReplyDeletetak berapa nak faham... huhu.... nape ntah...?
ReplyDeleteada faham sikit-sikit sahaja..
ReplyDeleteBlog Mama masih baru banyak lagi perlu belajar melalui blog ni...
ReplyDeleteBack to basic seo
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.