As-Salam. Tentu anda teruja untuk ketahui tips terbaik daripada blogger yang dikenali ramai ini - Ben Ashaari. Sudah semestinya blogger yang sudah ada nama dan pengaruh dalam dunia blog Malaysia akan diambil berat akan pendapat dan perkongsian ilmunya. In Sha Allah, saya akan kongsikan 5 tips yang telah diberikan oleh Ben Ashaari untuk menjadi blogger yang dikenali.

Ben Ashaari tak lokek dengan ilmu blogging, cuma anda perlu selam dan cari. Dah jumpa, fahami apa yang diberikan, dan pastikan anda bertindak atas apa yang telah ditunjuk-ajari. Bukan setakat membaca, nganga mulut ... lepas tu lena dan lupa dah pada esok harinya.

Saya pasti ramai pembaca dan pengunjung blog ini adalah juga pembaca setia blog Ben Ashaari ni. Ala, paling busuk pun .... saya boleh andaikan 80 peratus mesti dah pernah singgah ke blog lelaki berotot kental ini. Maka, sudah pasti tersangat nak tahu apakah tips atau petua yang dibuat oleh blogger yang cukup dikenali ini sehingga menjadi idola sesetengah blogger lain?

Ok. Dalam entri ini, saya akan kongsikan 5 tips menjadi blogger dikenali yang telah dikongsikan oleh Ben Ashaari sedikit masa lalu.

5 Tips Menjadi Blogger Dikenali oleh Ben Ashaari

  1. Usaha Tangga Kejayaan - Anda perlu berusaha dengan gigih supaya blog anda boleh ditempatkan dalam ingatan. Anda harus ingat, pengunjung dan pembaca blog anda bukan semuanya blogger atau mempunyai blog, jadi pastikan usaha anda itu menyeluruh. Anda mesti berusaha untuk memikat pengunjung menjadi pembaca setia blog anda. Usaha ini termasuklah mencari ilmu, belajar cara menulis, perkayakan diri dengan informasi dan sebagainya.
  2. Berblog Di Mana Sahaja - Haa ... tips ni mungkin tak ramai yang tahu. Dan kalau tahu pun tak ramai yang ikut. Ramai blogger yang berjaya 'membawa' blog bersama mereka. Jika ada perkara menarik, sepantas kilat akan ada update terbaru. Biasalah, kadangkala idea datang tak ikut masa, maka perlu cepat-cepat dicurahkan agar idea tersebut tidak hilang bisanya.
  3. Kreatif - Anda perlu kreatif mengolah cerita dan idea. Mungkin cerita itu cerita biasa seharian, tetapi dengan sedikit lampu kuning menyala di atas kepala, anda boleh mengolah sebuah cerita ABC menjadi sebuah cereka ABCDEFGHIJKL sampai Z. Kreatif memerlukan anda berpandangan kritis, berpandangan jauh, dan menangguk pengalaman lampau samada dari diri, atau sekeliling anda.
  4. Sedia Terima Kritikan - Blogger manusia biasa, kadangkala ada masa betul, ada masa tak berapa nak betul. Bila betul, okaylah, tapi bila tidak betul ... bersedia untuk terima teguran dan kritikan. Anda perlu lapang dada, dan bijaksana hadapi benda-benda yang mungkin parah didengar atau meluat dibaca. Hati kena cekal, dan kesabaran perlu ada.
  5. Fotogenik - Ini adalah satu bonus. Kebanyakkan blogger yang dikenali ramai ada raut wajah kacak dan jelita. Ramai blogger wanita khususnya cepat dikenali kerana punyai wajah cantik menarik dan memikat. Bukan setakat sejuk mata memandang di mata lelaki, tetapi juga di mata wanita lain. Blogger yang ada rupa akan senang dapat perhatian oleh blogger lain, dan kebanyakkannya akan dapat promosi percuma oleh blogger-blogger yang kagumi akan wajah fotogenik yang mereka ada itu.

Selesai dah dikongsikan 5 tips untuk menjadi blogger dikenali yang telah saya olah dengan cukup rasa berdasarkan entri Ben Ashaari ini - Klik Sini.

Maka, andai mahu menjadi seorang blogger dikenali sepertimana Ben Ashaari, bolehlah gunapakai, amal dan bertindak dengan sebaiknya.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow...fotogenik!..malangnya sy x da la fotogenik...fotogedixxx boleh?

    BalasPadam
  2. macamtu... bestnya jadi fulltime blogger... hati teringin jadi mcm Ben n sifu. fulltime blogger tp suami restu buat part time je... kna le ikut... update bila ada masa je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement