As-Salam. Masih ingat mengenai tips Goolge Pagerank tak? Saya pernah berkata, salah satu cara untuk mempopularkan entri dan blog di enjin carian ialah dengan adanya backlinks. Ia boleh samada backlick dalaman mahupun luaran (pautan ke blog lain yang sama niche). Dan ia merupakan satu cara untuk menyerlahkan kandungan sebenar blog kita kepada pengunjung.

Cara Buat Autolink Mudah Untuk Perkataan Tertentu

Antara cara popular yang banyak dilakukan oleh blogger blogspot adalah dengan meletakkan atau menggunakan widget atau gadjet popular seperti Linkwithin, Outbrain mahupun NRelate. Ada juga menggunakan script mudah untuk buat related content. Dan kali ini, saya nak berikan satu lagi pilihan terbaik untuk buat autolink mudah menerusi perkataan-perkataan tertentu.

Menerusi tatacara ini, apabila script mendapati ada perkataan tertentu dalam entri and, ia akan secara automatik menghasilkan satu pautan khusus untuk perkataan tertentu, tanpa perlu anda susah payah nak highlight dan buat link (permalink) ke entri berkenaan.

Katakan dalam entri anda ada perkataan SEO; lalu secara automatik menerusi kaedah ini, perkataan SEO itu dipautkan pada entri (atau entri-entri) yang merujuk padanya.

Cara Buat Autolink Mudah

  • Anda perlu login ke dashboard blog anda. Pergi ke Template dan edit HTML blog.
  • Tekan Ctrl-F dan cari </ body
  • Salin kod di bawah ini dan tempek betul-betul di atas kod carian tadi. Jangan lupa gantikan bahagian PERKATAAN TERSEBUT dan juga ALAMAT BLOG ANDA. Contoh: Biasiswa, http://ibiasiswa.blogspot.com

Simpan (save) dan lihat hasilnya di entri anda. Anda boleh tambah seberapa banyak perkataan autolink yang anda suka, hanya tambahkan f.add ("PERKATAAN LAIN", "http://ALAMAT BLOG ANDA.COM/").

Anda juga boleh buat autolink dengan blog-blog anda yang lain dengan cara ini. Contohnya, anda gunakan perkataan CINTA untuk buat autolink kepada entri di blog percintaan anda ...hehhehee...

Selamat mencuba.




20 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yeah terima kasih bro baru aku tahu macam mana nak buat

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Ini entri terpendam dalam draft. Tak tahu cara nak nulis pada mulanya, nasib baik ada emma maembong .. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Thanks HH... Ilmu yg memang saya inginkan selama ini. Kalau nak link gambar macam mane pula ye?

    ReplyDelete
  4. Dah cuba tapi error pada line ni :

    for(var i=0; i<objs.length; i++){

    ReplyDelete
  5. Dia ada cakap tertinggal apa-apa tak?

    ReplyDelete
  6. Ok. Ini bukan salah kod tapi salah parsing kod html biasa dalam xhtml blog. Cuba pergi sini - http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php


    Letakkan kod html di atas dalam kotak dan tekan parse HTML, lepas tu ambil kod yang baru dan letakkan kembali seperti disarankan di atas.

    ReplyDelete
  7. saya masih tidak faham dan akan cuba fahamkan...

    ReplyDelete
  8. Macam ni .. kan selalu kalau nak buat 'TULISAN BIRU' tu .. kita kena select dia .. pastu letak link http//...... semua2 tu kan, tapi dengan cara yang saya kongsikan di atas tu, benda tu dibuat secara automatik pada keseluruhan entri blog - termasuklah entri-entri lama.

    ReplyDelete
  9. Maaf lambat reply, Dia bagi tau :

    Could not load template preview: Error parsing XML, line 2178, column 33: Element type "objs.length" must be followed by either attribute specifications, ">" or "/>"

    ReplyDelete
  10. Dah pergi ke blogcrowds...Sekarang dah boleh! Thx HH
    Memang ada salah parsing kod.

    ReplyDelete
  11. sedang mencuba harap menjadi lah
    guna word arzmoha

    hari tu dah baca. hari ni baru nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen-komen di atas ehh ... jika tak boleh.

      Delete
  12. Replies
    1. Koding kena PARSE dulu ...kalau buat terus jadi ok, kalau tak ok, copy code di atas ... gi ke sini - http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php

      Delete
  13. Salam.
    Tuan, adakah setiap perkataan yang ditambah itu "case sensitive"? Contoh, sekiranya kita gunakan perkataan "bunga", hanya "bunga" dengan huruf "b" sahaja akan dicari. Bunga dengan "B" tidak akan tergunapakai dalam kes ini.

    ReplyDelete
  14. Boleh aplikasikan untuk wordpress tak ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement